Sup ayam lada hitam berkhasiat, renih jer tak guna minyak menu 'terpaling' mudah

Iklan
Sup ayam lada hitam berkhasiat, renih jer tak guna minyak menu 'terpaling' mudah

Sup ayam lada hitam berkhasiat, renih jer tak guna minyak menu 'terpaling' mudah

TERDAPAT pelbagai cara dan resipi untuk membuat hidangan sup ayam.

Iklan
Iklan

Namun uniknya resipi sup ayam kali ini, selain sihat untuk tubuh badan cara membuatnya juga tidak memerlukan minyak dan menumis bahan.

Buat penggemar hidangan bersup, boleh cuba resipi sup ayam lada hitam yang terlajak mudah ini.

Iklan

Jika anda atau ahli keluarga sedang demam, batuk dan selsema, elok sangat nikmati sup ini.

Bahkan yang sihat pun boleh nikmati untuk segarkan badan termasuklah ibu dalam pantang. Sangat sedap!

Iklan

Bagi yang sedang mengamalkan diet sihat, inilah hidangan paling sesuai sebab ia tidak menggunakan setitik minyak pun. Jadi ia lebih sihat dan berkhasiat.

Cuba juga Tip mudah buang lapisan lemak dalam sup daging, guna ‘senduk sejuk’ jer. Boleh guna buang minyak lebihan dalam sambal juga!

 

Jomlah cuba masak untuk keluarga hari ni. Pasti semuanya berselera.

Bahan-bahannya;

Cara membuatnya;

1. Tumbuk kasar bahan-bahan kemudian satukan dalam periuk bersama ayam yang telah dipotong serta dibersihkan.

2. Masukkan air dengan secukupnya dan didihkan guna api perlahan hingga ayam masam sempurna.

3. Angkat dan hidangkan dengan segera.

Cuba juga Resipi mi sup pedas ala Cina paling mudah nak buat, sedapnya hirup kuah panas-panas

Tip;

Jika anda sukakan rasa sup yang masam, boleh tambah sedikit asam keping yang bersaiz kecil ke dalam sup.

Kalau boleh, elakkan guna air asam jawa kerana ia akan jadikan sup berwarna gelap. Nampak tak cantik pula. Nak tambah serbuk lada sulah pun boleh.

Bab lada hitam pula, sebaiknya guna lada hitam biji yang ditumbuk kasar dan bukannya serbuk lada hitam. Ini kerana ia akan memberikan rasa yang berbeza pada sup.

Sumber: Nana Sabrina Sarsan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!