SETIAP individu mempunyai pandangan berbeza berkenaan lokasi dan konsep penginapan setiap kali pergi berlibur. 

Ada yang mahu bercuti di pantai dan ada juga yang tidak kisah dengan hiruk-pikuk kota. 

Bagi mereka yang ada anak kecil, penginapan bertemakan alam fantasi mungkin menjadi pilihan utama. 

Masakan tidak, ia pasti akan memberi pengalaman yang menyeronokkan buat seisi keluarga. 

Jika anda sememangnya mempunyai bajet atau sedang berkira-kira untuk terbang ke luar negara untuk satu percutian bermakna, SinarPlus cadangkan anda ke Kanada.

Menurut Dailymail UK, sebuah resort di wilayah Alberta, Kanada seolah-olah telah menghidupkan kisah dongeng zaman kanak-kanak apabila menawarkan sejumlah 12 buah kotej bertemakan fantasi. 

Charmed Resorts yang menawarkan unit kediaman bersaiz nyata itu terletak di dua kawasan hutan bernama ‘Wonder Way’ dan ‘Storybook Square‘.

Baca juga:Pangkor Bus Resort transformasikan beberapa bas jadi bilik hotel. Dekorasi, kemudahan memang bertaraf hotel mewah!

Baca juga: Impian berbulan madu di resort mewah tepi pantai, ini 5 lokasi popular pilihan pengantin baharu

 

Pengasasnya, Audrey Leavitt, 37, telah mengusahakan resort tersebut bersama suaminya Tyson, 39, yang merupakan seorang pereka landskap. 

Pada asalnya, kedua-dua membina rumah permainan untuk ahli keluarga yang dinamakan sebagai Charmed Playhouses.

Pun demikian, apabila lokasi tersebut semakin berkembang, mereka memutuskan untuk membuka Charmed Resorts untuk kunjungan awam. 

“Ruang permainan kami semakin besar dan lebih cantik. 

“Oleh itu, kami mahu menawarkan produk penginapan tersebut kepada keluarga yang tidak mampu mempunyai halaman rumah sedemikian,” kata Audrey. 

KEDIAMAN FIKSYEN

Menara Rapunzel yang diinspirasikan daripada rumah tinggi watak fiksyen Rapunzel adalah antara tarikan menarik di Storybook Square

Turut ditampilkan adalah Kotej Jack yang dihiasi dengan pintu berwarna biru terang dan tangkai kacang gergasi berpusing pada dinding.

Pengunjung juga berpeluang untuk membuat pilihan untuk menginap di Menara Rumpelstiltskin, Rumah Hatter dan Kotej Roti Halia yang digambarkan sebagai rumah ahli sihir jahat di dalam kisah Hansel dan Gretel.

Sementara itu, Kotej Belle yang diilhamkan daripada buku cerita Beauty and the Beast adalah antara penginapan fantasi yang ditawarkan di resort Wonder Way.

Baca juga: Bukan saja nikmati kedinginan bayu laut, Resort World Langkawi tawar menu iftar yang berbaloi

Tetamu yang mahu merasai pengalaman seakan-akan berada di pulau fantasi Neverland dalam filem Peter Pan juga boleh memilih kediaman di kawasan sama. 

Lokasi berkenaan dilengkapi  dekorasi seperti Kapal Kapten Hook, Rumah Bandar Wendy dan Rumah Pokok Lost Boys. 

Pengunjung rumah pokok tiga tingkat tersebut boleh melihat bayangan Peter Pan yang dicat pada dinding dalam rumah tersebut. 

Mereka juga berpeluang merasai keseronokan bermain gelongsor yang bersambung dari ruangan balkoninya.  

Kata Audrey, rumah Peter Pan merupakan penginapan yang sangat popular dalam kalangan tetamu resort tersebut. 

“Kotej terbaharu yang kami tawarkan itu mempunyai singki dapur di dalamnya dan bersaiz lebih besar. 

Iklan

“Ia juga terletak di kawasan yang lebih bersifat peribadi di resort ini,” katanya. 

KELENGKAPAN PENGINAPAN

Penginapan tersebut boleh memuatkan antara empat hingga enam orang dan memuatkan katil bersaiz queen serta katil dua tingkat. 

Setiap bilik dilengkapi dengan pendiang api elektrik, tab mandi panas, sebuah dapur kecil, peti sejuk kecil dan microwave

Di kawasan luar pula tersedia set barbeku, pendiang api dan meja berkelah.

Baca juga: Perkampungan kontena viral Solesor Kampong Beach Resort, lengkap pertunjukan api tepi pantai

Ia juga menyediakan suasana nyama apabila dikelilingi tasik, denai untuk mendaki, berbasikal termasuk sebatang sungai. 

“Pengunjung pasti seronok menikmati pengalaman berkhemah dalam suasana yang lebih ‘cool’,” tambahnya. 

Menurut ibu kepada empat orang cahaya mata tersebut, idea untuk dekoratif  Charmed Resorts adalah berdasarkan perkara yang mereka sukai semasa kanak-kanak. 

Iklan

Walau sudah memasuki era milenial, masih ramai lagi anak-anak suka hal yang sama. 

Sehingga kini, resort tersebut telah menganjurkan beberapa acara istimewa termasuk majlis perkahwinan.

Baca juga: Percutian atas kapal mewah Resort World Cruises, ini 8 perkara menarik yang boleh dilakukan

Baca juga: Tengah rancang bercuti di Pulau Langkawi? Ini 12 resort tepi pantai yang best

Bulan lalu sahaja, semua kotej yang ditawarkan penuh disewa oleh pengunjung-pengunjung dari seluruh Amerika Syarikat, Kanada dan lain-lain negara.

Hmmm…kalau ada di Malaysia kan best? Kita hidupkanlah kisah dongeng Melayu seperti Mahsuri, Puteri Gunung Ledang dan lain-lain.

Sumber: Dailymail UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang