'Alergi ni bahaya', mata bengkak & sesak nafas Ayda Jebat kongsi Nabil salah makan ubat

Iklan
'Alergi ni bahaya', mata bengkak & sesak nafas Ayda Jebat kongsi Nabil salah makan ubat

'Alergi ni bahaya', mata bengkak & sesak nafas Ayda Jebat kongsi Nabil salah makan ubat

"SEMALAM, Nabil tersalah makan ubat. Rupanya, dia alah dengan ubat itu."

Iklan
Iklan

Itu perkongsian penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengenai suaminya yang mengalami alergi.

Mengalami bengkak pada muka dan sesak nafas akibat alergi ubat, pengacara dan pelakon, Nabil Mahir terpaksa menerima rawatan kecemasan di sebuah pusat perubatan ibu negara akibat alahan ubat, semalam.

Iklan

Ayda memaklumkan secara kebetulan mereka berada di hospital membawa anak, Ana Nayla yang menjalani pemeriksaan mata.

"Nak bawa Ana Nayla buat pemeriksaan mata yang tiba-tiba berair, akhirnya Dada (bapa) dia lagi teruk.

Iklan

"Mata tak boleh buka dan sampai susah nak bernafas. Pergi kecemasan terus, nasib baik kami memang di hospital!" coretnya.

Baca juga Ayda Jebat mengandung anak kedua 5 bulan, Ana Nayla bakal jadi kakak

 

Penyanyi lagu Pencuri Hari itu turut memuat naik gambar serta video yang menunjukkan wajah suaminya yang membengkak selain sedang menggunakan alat bantuan pernafasan.

Pada masa sama, pelakon dan penyanyi itu turut mengingatkan orang ramai supaya jangan ambil ringan terhadap sesuatu alahan yang boleh membahayakan nyawa.

Malah selebriti berusia 31 tahun itu meminta pengikut laman sosialnya mendoakan Nabil agar sembuh dengan segera.

"Penting untuk tahu ubat atau makanan apa yang kita alah! Jangan buat main! Ada yang cadangkan supaya buat ujian alahan. Nanti kami cuba.

"Doakan dia cepat baik. Terima kasih semua. Kalau kalian dah tahu, kalian alah kepada apa, elakkanlah walaupun kawan kalian atau sesiapa cakap, ‘ala, makan sikit saja, bukan mati pun’.

"Tolong faham alahan ini hakikatnya bahaya," tulisnya lagi.

Baca juga Usia genap setahun, Ayda Jebat kongsi momen indah anak curi perhatian ramai

Menjengah ruangan komen, ramai warga maya yang tampil berkongsi pengalaman terkena alergi berkenaan.

Ramai yang setuju dengan Ayda mengatakan jangan berani-berani mencuba apa yang badan kita alergi, merana diri sendiri. Lebih parah ia juga boleh membawa maut.

Ayda yang kini hamil anak kedua mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dikurniakan cahaya mata bernama Ana Nayla, 2.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!