SELEBRITI popular, Ayda Jebat berkongsi khabar gembira tentang dirinya yang kini sedang mengandung anak kedua.

Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, kandungan itu sudah masuk lima bulan dan dia dijangka bersalin awal Disember depan.

Baca juga: Usia genap setahun, Ayda Jebat kongsi momen indah anak curi perhatian ramai

“Memandangkan saya sedang menjalani penggambaran kini, saya berterima kasih kepada semua pihak yang memahami keadaan saya.

“Walaupun bukan semua tahu saya sedang hamil, tetapi saya terharu dengan kerjasama daripada semua pihak,” ujarnya.

Ayda membuat pengumuman istimewa itu bersama suaminya, Nabil Mahir ketika sidang media pelancaran drama terbaharu lakonannya, Bukan Cinta Sempurna di Pavilion Bukit Bintang pada Selasa.

Ayda ketika memberikan kejutan kepada Nabil pada pagi raya.

Selain Ayda, drama terbabit turut dibintangi Amar Baharin, Fadlan Hazim, Shah Iskandar, Hanna Aqeela, Neera Azizi dan ramai lagi.

Sekadar info, Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.

Iklan

Baca juga: ‘Normal atau czer, tujuannya sama…’ – Dikritik pilih bersalin secara pembedahan, Ayda Jebat tak melatah

Baca juga: Nabil Mahir dedah Ayda Jebat hampir gugur. Alami pendarahan, disuntik lima kali

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang