Kasut GEOX tak pernah tak selesa. Tampil dengan koleksi Spherica Actif yang kalis air, kusyen lebih selesa

Iklan
kasut geox

Kasut GEOX tak pernah tak selesa. Tampil dengan koleksi Spherica Actif yang kalis air, kusyen lebih selesa

SEMPENA musim bunga dan panas kali ini, Geox hadir dengan himpunan kasut terbaharu yang dipertingkatkan dengan teknologi terkini baik untuk kaum Hawa mahupun Adam.

Iklan
Iklan

Dengan menampilkan aura dan gaya Itali, jenama itu menampilkan gaya formal mengikut trend dan pelbagai reka bentuk sport kasual khas untuk wanita milineum yang berdikari, pintar dan cergas.

Geox dalam satu kenyataan media berkata, pada kali ini mereka memperkenalkan koleksi Spherica Actif iaitu model yang didatangkan lengkap dengan penemuan inovatif kalis air, kebolehnafasan dan kusyen yang selesa.

Iklan

Mempunyai percikan stail era 1990-an, sandal, ballet flats, kasut gelangan dan loafer tersedia dalam rona neutral dan pastel dengan sedikit kilauan emas serta hitam. Ia pasti membuatkan pemakainya berpuas hati.

Iklan

BACA JUGA: Butik FitFlop di MidValley sudah dibuka semula, banyak desain kasut baharu, lebih selesa dan tahan lama

BACA JUGA: Selepas 35 tahun, PUMA keluarkan semula kasut Slipstream PUMA dengan gaya klasik dan sedikit sentuhan baharu

Bagi koleksi Spherica lelaki, Geox mengetengahkan ciri-ciri seperti kesan kusyen midsole yang dikemas kini dan memiliki kelenturan dalaman terkini.

Kepada si lelaki yang aktif berjalan ke sana ke mari, anda boleh memilih kasut sukan suede yang mempunyai tapak luar yang sangat fleksibel dan ringan.