GEL-KAYANO 30 terbaik untuk pelari, teknologi serba baharu lebih selesa, mudahkan larian
ASICS memperkenalkan kasut larian GEL-KAYANO 30 terkini yang menampilkan teknologi adaptif serba baharu untuk para pelari dengan kestabilan dan keselesaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
Pengarah Global Kasut Larian Prestasi, Alexander (AJ) Andrassy berkata, di samping teknologi 4D Guidance System, inovasi itu antara lain menyokong pemakainya untuk menyesuaikan diri dengan perubahan respons badan, selain daya permukaan lantai yang dipijak akibat hentakan semasa berlari atau berjalan.
"Kasut ini juga menampilkan keselesaan dan kelajuan yang lebih baik melalui gabungan kusyen Eco FF Blast Plus yang ringan dan ketinggian tindanan 4 milimeter," katanya dalam satu kenyataan.
BACA JUGA: Mantap! Kasut GEL-KAYANO 29 daripada ASICS tawar pengalaman larian yang mengujakan dan lebih ringan
GEL-KAYANO 30 baharu sudah mula dijual sama ada di kedai fizikal dan secara online bermula pada harga RM699.