LEBIH stabil, premium dan berteknologi. Itu tiga perkataan yang SinarPlus boleh katakan terhadap kasut larian GEL-KAYANO 29 daripada ASICS yang dilancarkan baru-baru ini.

Model tersebut yang dikatakan paling ikonik itu telah dipertingkatkan apabila dilengkapi teknologi canggih dalam mencipta kestabilan yang lebih hebat dan menawarkan pengalaman larian yang lebih mengujakan.

Menurut Pengurus Kasut Larian Prestasi, Pembangunan Produk ASICS, Kenji Hirata, GEL-KAYANO 29 yang terbaharu adalah kira-kira 10 gram lebih ringan daripada keluaran sebelum ini.

Lebih menarik, kusyen FF BLAST PLUS pada lapisan tapak tengah atas akan memberikan si pelari lebih bertenaga dalam setiap langkah.

BACA JUGA: Mahu jadi pelari handalan, ASICS GEL-NIMBUS 9 versi baharu permulaan terbaik

 Sebagai tambahan, tapak tengah kasutnya menggabungkan teknologi LITETRUSS pada bahagian medial untuk meningkatkan kestabilan kasut.

“Ciri tapak tengah ini turut memberi perlindungan terhadap latihan larian yang panjang atau ketika bermaraton.

“Pasukan ASICS amat berbangga dengan pelancaran kasut GEL-KAYANO. Kami berkerja keras dan reputasi teknologi membolehkah kami sentiasa berada di barisan hadapan. GEL-KAYANO 29 ialah rakan latihan yang stabil yang boleh menyokong sebarang rutin larian,” katanya sambil menambah dalam memberi kebolehnafasan dan padanan yang selesa, inovasi terbaharu itu turut mempunyai bahagian atas rajut regangan yang direka bentuk khusus untuk pelari.

Iklan

Model tersebut yang dikatakan paling ikonik itu telah dipertingkatkan apabila dilengkapi teknologi canggih dalam mencipta kestabilan yang lebih hebat dan menawarkan pengalaman larian yang lebih mengujakan.

GEL-KAYANO tersedia untuk lelaki dan wanita. Pembelian boleh dilakukan di ASICS Official Store atau ASICS.COM mulai 29 Julai lalu pada harga RM699.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang GEL-KAYANO™ 29 dan teknologi terkini, sila lawati asics.com.

Iklan

BACA LAGI: Kasut memicu ketangkasan berlari dengan pantas

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.