Noh Salleh, Fatin Athira bakal disatukan 23 September

Iklan
Noh Salleh, Fatin Athira bakal disatukan 23 September (2)

VOKALIS kumpulan Hujan, Noh Salleh bakal mengakhiri zaman duda 23 September depan. Pengesahan tarikh pernikahan penyanyi Angin Kencang dengan Fatin yang merupakan seorang peguam itu tertulis pada undangan perkahwinan yang sudah mula diedarkan.

Menerusi kad undangan digital berwarna hitam seperti yang dilihat Gempak, tertera butiran perkahwinan bakal pengantin baharu tersebut.

Iklan
Iklan

Ia antaranya tertera; ‘Fatin Athira Mustapa & Mohammad Noh Salleh, 23 September 2023’.

Baca juga: Rebut anak, 6 bulan Noh Salleh jalani tempoh sukar selepas bercerai

Iklan

Bersama maklumat tersebut, turut disertakan lokasi majlis perkahwinan Noh dan Fatin.

Iklan

Tetamu pula dijemput hadir pada sebelah malam yang dipercayai sebagai majlis resepsi.

Difahamkan pasangan tersebut akan diijabkabulkan pada sebelah pagi.

Fatin Athira merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Baca juga: Mizz Nina nikah buat kali kedua, rapper kacukan Maghribi-Amerika jadi pilihan

Noh dan Fatin bertunang pada 7 Mei di kediaman keluarganya di Putra Heights, Subang Jaya.

Sebelum ini, Noh mendirikan rumahtangga dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011 dan berpisah pada Ogos tahun lalu.

Pasangan itu memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa.

Baca juga: Mizz Nina, Noh ambil anak angkat lelaki bernama Musa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!