Mizz Nina nikah buat kali kedua, rapper kacukan Maghribi-Amerika jadi pilihan

IMG_1501
IMG_1501
A
A
A

BEKAS penyanyi dan aktivis, Mizz Nina berkongsi berita gembira mengenai pernikahannya dengan penyanyi rap berdarah kacukan Maghribi-Amerika Syarikat, Essam Muhammad.

Difahamkan majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup di luar negara dan hanya dihadiri kaum keluarga serta teman rapat.

“Saya sudah bernikah pada suku kedua tahun 2023 dengan suami tercinta, Essam Muhammad dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat.

“Allah SWT sebaik-baik perancang dan telah mengatur perjalanan kami dengan cantik sekali. Alhamdulillah dengan restu daripada kedua ibu bapa, kami kini melengkapi kehidupan masing-masing.

“Kami berdua berdedikasi dalam kehidupan ke arah dakwah, kongsi tujuan sama, aspirasi dan teruja untuk memulakan episod baru,” katanya dalam hantaran Instagram.

Sementara itu, pemilik nama penuh Shazrina Azman itu memaklumkan bakal mengadakan majlis resepsinya di ibu negara dalam masa terdekat.

Terdahulu, pada Ogos tahun lalu, Nina mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah bercerai dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka bernikah pada 2 Julai 2011 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Namun, pada Mac 2022, Nina dan Noh mengumumkan kehadiran anak angkat lelaki mereka yang diberi nama Musa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca