Dapat peluang guna wajah Datuk Rosyam Noor, sales usahawan ini naik mencanak

Iklan
Untitled design (15)

SEIRING dengan inisiatif pendigitalan, Usanita Sdn Bhd telah menubuhkan Usanita Mall bagi membantu dan mengangkat potensi produk usahawan kecil dan Sederhana (IKS) agar lebih berkeyakinan di platform digital.

Sekadar makluman, Usanita merupakan sebuah badan pemudahcara persendirian dalam bidang keusahawanan yang menghubungkan para usahawan terutama golongan B40 dan M40.

Iklan
Iklan

Baca ni 'Besar & mewah macam istana.' 20 tahun simpan angan-angan, rumah impian Yatie Kamarzaman bakal siap dibina. Lawanya!

Iklan

Selain menjadi platform untuk para usahawan IKS berniaga, badan tersebut turut memberi sokongan penuh kepada mereka yang ingin melancarkan produk di bawah Usanita.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Prof Datuk Sri Dr Hasan, pihaknya sentiasa memberi peluang dan platform kepada usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Iklan

"Saya gembira apabila melihat usahawan wanita khususnya yang berdaya saing, kreatif dan sentiasa ingin maju dalam perniagaan. Sikap sebegini juga bagus kerana dapat memberi inspirasi pada usahawan IKS di luar sana. Saya percaya semua usahawan mempunyai peluang untuk berjaya jika terus berusaha,” ujarnya.

Adzliana berkata demikian ketika ditemui SinarPlus dalam Majlis Hi Tea Perintis Usanita 2.0: Meet & Mingle yang berlangsung di Skydining Wangsa 118 di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Datuk Rosyam Nor, Awal Ashaari, Haiza, Muaz dan Dr Soo Wincci. Sementara itu, Zoey Rahman bertindak sebagai pengacara majlis.

Baca lagi Rosyam Nor pernah ditawar watak jadi hero, tapi produksi batalkan saat akhir. Ini reaksi beliau…

Seramai 70 usahawan di bawah payung Usanita yang digelar sebagai Perintis Usanita hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.

GUNA WAJAH DATUK ROSYAM NOR

Menurut beliau lagi, 50 usahawan IKS berpeluang menggunakan wajah Datuk Rosyam Noor secara percuma untuk tujuan pemasaran produk.

"Daripada situ, kami memilih 10 perintis terbaik yang menggunakan segala ilmu dan bantuan yang diberikan untuk menaikkan perniagaan. Jika dahulu, ada yang hanya mendapat RM7,000 hasil jualan, namun kini ada yang mencapai RM70,000.

"Sebelum ini ada yang menjual rendang hanya untuk musim tertentu. Kini pengusaha tersebut mengolah produknya sedia untuk dimakan yang boleh dijual setiap hari. Setakat ini jualannya paling tinggi iaitu RM490,000 dalam tempoh tidak sampai setahun,” kongsinya lagi.

 

Selain itu, Usanita juga bakal mengadakan program seminar Bootcamp Perintis Usanita 3.0: The Art of Marketing.

Program seminar tersebut akan berlangsung selama tiga hari ini bermula 8 September ini.

Baca lagi 'Saya tak pandai, nak bagi anak pandai sikit.' Pengorbanan ayah, sanggup ulang-alik naik motor sejauh 20km ke tempat kerja bikin sebak!

[caption id="attachment_122057" width="668"] Usanita mengadakan surprise hari lahir buat pelakon dan hos, Awal Ashaari.[/caption]

"Program itu bukan untuk bersaing dengan mana-mana penyedia latihan keusahawanan yang ada di luar sana, sebaliknya Usanita hanya ingin menyediakan platfom untuk Perintis Usanita agar mereka sentiasa meningkatkan ilmu pengatahuan dalam perniagaan.

"Malahan, kami juga tidak pernah sama sekali menghalang Perintis Usanita untuk menimba ilmu walau dengan mana-mana guru. Saya percaya bahawa lubuk ilmu itu luas dan tiada sempadan untuk tingkatkan pengatahuan dalam perniagaan," ungkap beliau lagi.

Baca ni ‘Me time dengan isteri, reset & tenangkan diri.’ Utamakan keluarga, Dr Say pilih keluar dari zon selesa

Dalam majlis tersebut juga, salah seorang Perintis Usanita, Fara Rauf yang juga pengasas jenama Grendeur Malaysia telah melancarkan siri produk terbaharunya yang bertemakan miniture.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang