SELEPAS 20 tahun berusaha gigih, akhirnya hasrat usahawan, Yatie Kamarzaman untuk memiliki rumah impiannya bakal tercapai tidak lama lagi.

Kakak kepada Datuk Sri Aliff Syukri itu baru-baru ini memuat naik video yang menunjukkan pembinaan kediaman miliknya yang baru memasuki 10 peratus dan dijangka siap pada Disember 2024.

Pun begitu, rumah yang terletak di Sungai Plong itu dilihat tidak ubah seperti dekorasi sebuah hotel. Luas, besar dan begitu gah serta mewah.

yatie

“Selepas 20 tahun, akhirnya rumah impian saya dan suami Mohamad Zaidi terlaksana. Selebihnya kami plan kepada pelaburan. Insya-ALLAH,” ujar Yatie.

Baca ni ‘Cantiknya bilik hero ibu.’ Siti Nurhaliza room tour bilik anak lelaki bikin ramai teruja. Kemas & moden!

Biarpun rumah yang diduduki sekarang ini sudah cukup selesa dan punya segalanya, namun anak kepada Bonda Rozita Ibrahim itu masih belum berpuas hati.

Beliau mahu memastikan angan-angan dan impian yang sudah tertanam dalam jiwanya sejak sekian lama tercapai.

ELAK KERUGIAN & DITIPU

Malah, pemilik the_hijab.co itu juga tidak lokek berkongsi panduan yang betul kepada orang ramai jika ingin membina rumah terutama di atas tanah sendiri.

yatie

“Bagi yang ada perancangan ingin membina rumah di tanah sendiri, kena ikut langkah simple ini.

“Anda tidak akan susah hati jika kontraktor lari apabila kerja tak siap, pembinaan tidak ikut spesifikasi atau lari bajet,” ujar wanita berusia 40 tahun itu.

Tambah Yatie, langkah tersebut dapat membantu mengelakkan risiko kerugian kos dan ditipu oleh pihak kontraktor.

Baca lagi ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

yatie

Berikut antara saranan beliau yang dimuat naik menerusi kapsyen di laman Instagram miliknya:

1. Cari arkitek dahulu bukan kontraktor. Seterusnya, arkitek akan melantik jurutera struktur dan awam, juruukur bahan, jurutera mekanikal dan elektrik serta perunding pakar lain.

2. Arkitek akan mendapatkan harga keseluruhan projek yang dipersetujui untuk tender terbuka kepada kontraktor. Ini bertujuan untuk memilih kontraktor yang bertauliah.

3. Arkitek sudah ada anggaran harga projek, sebab juruukur bahan sudah mengira kos projek tersebut.

Iklan

4. Setelah itu, barulah mendapatkan cari pereka dalaman selepas keluar pelan dari arkitek.

yatie

5. Ada perjanjian APM. Pun begitu, untuk lebih selamat upah peguam bagi pihak kita dengan kontraktor pula. Jika mereka gagal menyiapkan projek seperti dijadualkan, penalti akan dikenakan.

6. Kenaikan harga binaan tidak akan menjejaskan atau bertambah sepanjang projek berlangsung kecuali perubahan kerja atau VO atas kejadian yang tidak diduga.

7. Arkitek akan keluarkan sijil untuk kelulusan sebelum bayaran dijelaskan. Justeru, semua binaan adalah mengikut spesifikasi.

yatie

8. Sebarang isu berkenaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) semasa projek berlangsung, pemilik tidak akan menjawab kerana sudah di bawah tanggungjawab kontraktor.

Iklan

Baca lagi Baca lagi Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

Sumber: Instagram yatie_kmrzmn

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang