PELAKON Fathia Latiff baru-baru ini menarik perhatian warga maya apabila memuat naik foto beserta kapsyen yang menyatakan dirinya sebagai pengamal undang-undang.
Pelakon Ariana Rose itu terdahulu memuat naik sekeping foto memaparkan beliau bersama fail kes di bilik pejabat.
Bagaimanapun, hari ini Fathia tampil menjelaskan situasi sebenar dan memohon maaf kerana telah menimbulkan kekeliruan.
Baca juga: Beauty with brains, Fathia Latiff kini pengamal undang-undang, rupanya graduan law UiTM
"Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan di mana saya telah terlepas pandang," titipnya.
Baca juga: ‘Dunia seni bukan jiwa saya.’ Dr Nur Fasiha Latiff bakal terbang ke Dublin dalami bidang kardiologi
Pelakon berusia 35 tahun ini turut memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.
Daripada tinjauan SinarPlus, Fathia juga telah menyunting kapsyen gambar berkenaan daripada pengamal undang-undang kepada pembantu undang-undang atau legal assistant.
Sumber: Instagram @fathiyalatiff
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!