BEAUTY with brains. Demikian perkataan yang diungkapkan buat pelakon, Fathia Latiff.

Lama menyepi rupanya aktres jelita berbakat besar ini sedang bekerja di sebuah firma guaman.

Berkongsi sekeping foto di laman sosial Instagram, pelakon drama Ariana Rose itu memaklumkan dirinya kini secara rasmi menjadi pengamal undang-undang.

Baca juga: ‘Dunia seni bukan jiwa saya.’ Dr Nur Fasiha Latiff bakal terbang ke Dublin dalami bidang kardiologi

“Officially a legal practitioner,” titipnya.

Foto yang dimuat naik memaparkan beliau bersama fail kes di bilik pejabat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Sejak Jun lalu, beliau berkongsi beberapa hantaran bahawa sedang bekerja di firma berkenaan.

Fathia menamatkan pengajian beliau dalam bidang Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Disember 2014.

Baca juga: Wanita boleh dakwa pihak ketiga ‘perosak’ rumah tangga, ini penjelasan peguam

Bagaimanapun, beliau yang berkata kepada sebuah portal hiburan pada ketika itu tidak bercadang untuk meneruskan chambering.

Tidak hanya mempunyai rupa paras yang cantik, Fathia juga mempunyai keluarga yang mempunyai latar belakang pendidikan hebat.

Meniti usia 35 tahun, anak kepada Abdul Latiff Tahir dan Badriyah Hassan ini bertuah memiliki adik-beradik yang memiliki latar belakang pendidikan hebat.

Iklan

Adiknya, Nur Fasiha merupakan seorang doktor manakala Nur Farhana juga pengamal undang-undang.

Terdahulu, Fathia merangkul Pelakon Wanita Pilihan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 dan Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-29.

Tidak hanya itu, Fathia turut memiliki jenama tudung sendiri iaitu Manis by Fathia Latiff.

Baca juga: ‘Tokma wanita berkerjaya berdikari.’ Dr Amalina hargai pengorbanan, imbau suka duka dibesarkan ibu tunggal

Iklan

Sumber: Instagram Fathia Latiff, Rotikaya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!