KEBETULAN yang memilukan. Nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam rupanya bukan yang pertama. 46 tahun lalu, lokasi yang sama pernah menyaksikan tragedi yang meragut 34 nyawa.
Insiden berkenaan membabitkan penerbangan 715 Japan Airlines pada 27 September 1977.
Seramai 26 penumpang dan lapan anak kapal maut selepas pesawat yang dinaiki terhempas di sebuah bukit di Estet Elmina yang ketika itu masih ladang getah.
Difahamkan, terdapat 29 penumpang warganegara Jepun dalam penerbangan itu.
Pesawat berkenaan dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo.
Dua jam selepas penerbangan, kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah memberitahu penerbangan 715 untuk memulakan pendekatan dan mendarat di landasan 15.
Baca juga: Terhempas sekelip mata, hangus terbakar, berikut 5 tragedi pesawat menyayat hati
[caption id="attachment_122385" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: The McDonnell Douglas Website)[/caption]
Pesawat tersebut mula mendarat dan turun di bawah ketinggian minimum 750 kaki, kemudian pada ketinggian 300 kaki sebelum terhempas di lereng bukit kira-kira empat batu dari lapangan terbang.
Pesawat hancur akibat hentaman namun tidak berlaku kebakaran.
Laporan penyiasatan Jabatan Penerbangan Awam (kini Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia -CAAM) menyatakan nahas berlaku susulan cuaca buruk di sekitar lapangan terbang.
Baca juga: Kronologi pesawat terhempas di Elmina, rupanya pemandu Grab tak ambil penumpang sejak jam 2 petang
[caption id="attachment_122384" width="800"] Kredit foto: News Straits Times[/caption]
Di samping itu, pesawat berkenaan didapati berada dalam pendekatan VOR. Siasatan mendapati kapten pesawat tersebut turun di bawah ketinggian penurunan minimum tanpa melihat landasan dan meneruskan penurunan menyebabkan pesawat itu terhempas sebelum sampai ke lapangan terbang.
[caption id="attachment_122387" width="800"] Kredit foto: News Straits Times[/caption]
Anak kapal penerbangan tersebut tidak dapat melihat lapangan terbang kerana cuaca buruk juga menyumbang kepada kemalangan.
Kemalangan itu mengorbankan 34 orang yang melibatkan lapan daripada 10 anak kapal dan 26 daripada 69 penumpang.
45 mangsa yang terselamat telah dibawa ke hospital.
Sebuah tugu peringatan telah dibina di tanah perkuburan Jepun di Malaysia.
Bandar Elmina sebelum ini dikenali dengan Ladang Elmina yang dimiliki oleh Guthrie Berhad (kini Sime Darby).
Ia kemudiannya bertukar menjadi sebuah penempatan yang dibangunkan oleh Sime Darby Properties pada tahun 2012.
Baca juga: Luka hati keluarga, haram sebarkan video & gambar mangsa rentung - Dr Zulkifli
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!