Kronologi pesawat terhempas di Elmina, rupanya pemandu Grab tak ambil penumpang sejak jam 2 petang

SALAH seorang daripada 10 mangsa pesawat terhempas di Elmina semalam merupakan orang awam yang juga pemandu e-hailing Grab.

Setakat ini polis syaki hanya satu mangsa dalam kereta itu sehingga proses pengenalan identiti dan DNA selesai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pemandu Grab yang maut disyaki berseorangan di dalam kenderaan semasa kejadian berdasarkan kepada pemeriksaan log.

Dalam perkembangan terbaharu, pelajar Tingkatan Empat, Muhammad Sharul Izuan yang juga anak kepada pemandu Grab, Allahyarham Sharipuddin Shaari, 53, berkata kali terakhir bapanya menghubungi ibu pada 2.15 petang semalam ketika sedang berehat di sebuah restoran dan memaklumkan berada di sekitar Elmina untuk mengambil pelanggan dan pulang awal selepas selesai bekerja.

Berikut adalah kronologi sehingga membawa kepada tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam;

17 OGOS 2023

2.08 petang – Pesawat dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

2.47 petang – Hubungan pertama oleh pesawat berkenaan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang.

2.48 petang – Kebenaran mendarat telah diberikan.

2.51 petang – Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah melihat asap dari lokasi nahas, namun tiada panggilan ‘mayday’ dibuat oleh pesawat tersebut.

5.00 petang – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 nyawa terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.

Beliau menyatakan, pesawat itu turut merempuh sebuah kenderaan dan sebuah motosikal.

Menurut kronologi yang dikongsikan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pesawat terbabit membawa dua kru kapal dan empat penumpang.

Baca juga Allahuakbar, jasad rider maut nahas pesawat terhempas Elmina ditemukan sempurna, keluarga terima berita sayu usai solat Maghrib

 

6.00 petang – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun dilaporkan antara 10 mangsa terkorban dalam nahas jet persendirian berkenaan.

5.40 petang – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli meninjau lokasi nahas pesawat terhempas.

7.20 petang – Sidang media Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung tragedi langsung dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor.

Berdasarkan siaran media itu, beliau menyatakan nama kru dan penumpang yang terlibat dalam nahas tersebut.

Juruterbang;

  • Shahrul Kamal Roslan
  • Heikal Aras Abdul Azim

Penumpang;

  • Kharil Azwan Jamaludin
  • Shaharul Amir Omar
  • Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi
  • Datuk Seri Johari Harun
  • Muhammad Taufiq Mohd Zaki
  • Idris Abdol Talib @ Ramali

Orang awam;

  • Pekerja p-hailing, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh
  • Pekerja e-hailing, Sharipuddin Shaari

Baca juga Terhempas sekelip mata, hangus terbakar, berikut 5 tragedi pesawat menyayat hati

9.10 malam – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa meninjau Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor bagi membantu memberi sokongan mental kepada waris mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat terbabit.

9.15 malam – Dr Zaliha turut turun padang bersama pasukannya untuk memberi sokongan mental kepada waris mangsa.

10.10 malam – Sekurang-kurangnya enam mayat telah dibawa keluar dari lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.

Tan Sri Razarudin berkata, lima mangsa nahas tersebut didapati tidak sempurna fizikalnya.

Iklan

Jelasnya lagi, pencarian kotak hitam hanya akan dijalankan selepas kesemua mayat dikeluarkan dari lokasi nahas.

10.20 malam – Perakam suara kokpit (CVR) iaitu sebahagian daripada kotak hitam milik pesawat, ditemukan.

18 OGOS 2023

1.30 pagi – Mayat 10 mangsa tiba di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bedah siasat yang dijangka dilakukan bermula 8 pagi ini.

Difahamkan kesemua mayat mangsa terlebih dahulu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang sebelum ke HTAR.

8:30 am – Hari kedua tragedi diteruskan dengan pencarian fasa ketiga, bagi menjejaki kotak hitam pesawat malang itu.

Hussein berkata, operasi hari ini tertumpu kepada pencarian kotak hitam membabitkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan agensi penguat kuasa lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sementara itu, laluan dari Elmina melalui Denai Alam dilaporkan sesak berikutan penutupan laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) yang ditutup sementara.

Baca juga Terhempas sekelip mata, hangus terbakar, berikut 5 tragedi pesawat menyayat hati

Iklan

9:40am – Sidang media Ketua Polis Negara di Bandar Elmina, Shah Alam untuk perkembangan terkini nahas pesawat.

Beliau memaklumkan, daripada 10 mayat mangsa yang ditemukan, hanya satu dalam keadaan sempurna.

Pesawat ringan jenis Beechcraft (Premier 1) tidak mempunyai perakam data penerbangan, FDR.

Beliau ketika mengesahkan perkara itu berkata, dapatan itu diperoleh menerusi siasatan dilakukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

Baca juga Luka hati keluarga, haram sebarkan video & gambar mangsa rentung – Dr Zulkifli

Sumber: Buletin TV3, Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!