Cara pilih sotong segar ramai tak tahu, tip nombor 2 paling penting hadam

Iklan
sotong

Cara pilih sotong segar ramai tak tahu, tip nombor 2 paling penting hadam

IKAN yang segar boleh dilihat pada mata, insang dan sisik sebagai tanda kesegarannya. Bagaimana pula cara untuk memilih sotong segar?

Iklan
Iklan

Biasanya jika di pasar basah, kita boleh lihat sotong disusun dengan pelbagai cara bagi menarik pelanggan.

Sotong memang terkenal sebagai hidupan laut yang mudah rosak kerana organ dalaman yang terdedah kepada persekitaran luar berbanding ikan yang mempunyai organ di bahagian lebih tersorok.

Iklan

Rupa-rupanya, ada tip pilih sotong yang segar dan ramai yang tidak mengetahui tentang perkara ini.

Memilih sotong yang segar memang memerlukan ilmu dan teknik untuk menelitinya.

Iklan

Cuba juga Paling senang masak, amat sedap! Sotong sumbat telur ni wajib dicuba

[caption id="attachment_42609" width="1024"] Gambar fail[/caption]

Ini antara tip dari perkongsian Apron Exclusive Malaysia yang anda boleh cuba;

1. Tengok keadaan badan sotong

Badannya kenyal dan tidak lembik apabila ditekan. Kepala dan badannya juga tidak tertanggal apabila diangkat. Satu lagi, mata sotong yang segar kelihatan cantik.

2. Warna sotong

Badan berwarna putih bening dan hanya ada sedikit bintik hitam (kecuali sotong merah/cabai). Sotong ini masa dalam laut badan dia lutsinar. Maknanya boleh nampak semua organ dia. Tetapi bila naik ke darat, ia akan bertukar putih.

Apabila dibiarkan terlalu lama atau terluka, kulit luar sotong akan bertukar merah keunguan. Ramai yang menyangka sotong begini segar walhal tidak sebenarnya. Tetapi walaupun kesegarannya sudah berkurangan, manis sotong itu tidaklah hilang terus dan masih sedap dimakan jika pandai masak.

3. Tidak berlendir

Sotong segar juga tidak berbau hanyir dan ada sejenis lendir yang menyelaputi badannya.

Cuba juga Nak diet, tapi masih nak makan makanan sedap? Kerabu Sotong Thai antara alternatif terbaik

[caption id="attachment_122943" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]

4. Cara peniaga letak sotong

Tidak direndam atau diletakkan dalam ais. Sotong segar biasanya dijual dengan cara membiarkannya terdedah diatas meja atau dalam pinggan. Ada dua sebab kenapa sotong diletakkan bersama ais. Pertama, untuk mengekalkan kesegaran. Kedua, untuk menyembunyikan kecacatan sotong.

Jadi, begitulah serba sedikit tip untuk mengenal sotong segar. Semoga membantu anda untuk lebih bijak membeli makanan laut di pasar dan pastinya masakan akan jadi lebih padu!

Yang segar ini kebiasaanya isinya memang manis lain macam sedikit. Tak percaya pergilah cari sotong segar nanti!

Cuba juga Sotong masak hitam pedas lazat, pasti digemari keluarga

Semoga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!