TAK kira lelaki mahupun perempuan, bab kerja rumah mesti ada part yang kalau boleh kita nak mengelat.
Kalau bertuah, semua tugasan tersebut kalau boleh pass kepada pasangan untuk diselesaikan.
Meskipun sesetengah orang sudah dididik dengan task yang diberikan oleh emak atau ayah sejak kecil. Namun, ada beberapa kerja yang buat kita rengsa nak siapkan walaupun tak susah mana pun.
Baru-baru ini, #SinarPlusSajaNakTanya membuat tinjauan pengguna Facebook tentang kerja rumah yang paling tak suka orang ramai nak buat.
Ternyata, persoalan santai tersebut menerima lebih 100 komen yang rata-rata berkongsikan 'masalah' sama.
[caption id="attachment_110713" width="800"] SUMBER foto: Pexels.[/caption]
Bab lipat baju misalnya, ramai pengguna Facebook akui itulah antara tugasan paling lemah nak dibuat.
Menurut Sabariah Rahman, aktiviti tersebut terpaling 'susah' nak buat walaupun pakaian kering sudah menimbun.
Paling lucu, beliau turut berkongsikan bukti bergambar bakul penuh dengan kain dikongsikan di ruang komen membuatkan ramai tumpang nasib yang sama.
Seorang lagi pengguna Facebook, Kamariah Mahpol juga bersetuju bahawa itu antara kerja yang paling malas beliau nak siapkan.
"Part sidai baju, selepas itu lipat memang letih."
Bagi Chempaka Berbisa pula, bab melipat baju memang kalau boleh nak dielakkan.
"Tak suka lipat semua kain. Kalau boleh semua nak hang jer," katanya.
Sementara itu, berbeza bagi Asma Hashim, beliau pula suka membasuh, menyidai dan melipat baju.
Baca juga Cara sidai dan lipat baju jimat masa, para ibu perlu tahu
"Kalau buat semua kerja sambil mendengar radio atau on televisyen supaya tak sunyi," katanya berkongsi tip.
Seorang lagi top fan Facebook SinarPlus, Ilawati Nana akui, bab melipat dan menggosok baju sekolah memang paling malas nak siap.
"Kalau boleh nak elak, nak lipat dan iron baju sekolah. Nasib baik sekarang pakai baju pendidikan jasmani."
MOP LANTAI DAN CUCI KIPAS
Tidak hanya kerja tiga serangkai iaitu basuh, sidai dan lipat baju menjadi igauan ngeri, aktiviti mop lantai dan cuci kipas juga 'berat'.
Bagi Nurul Hikmah, beliau hanya mampu berangan apabila inginkan lantai yang bersih berkilat.
Pun demikian, itulah antara kerja yang malas nak buat meskipun ada masa di rumah.
Kongsi Pipi Merah pula, bab cuci kipas antara kerja yang nak dielakkan.
Baca juga Menggunung, penuh 3 bakul baju alahai malasnya lipat, 5 cara santai ini mungkin membantu
"Sebab kena panjat tangga dan kita gayat. Tugasan itu kita pass kepada husband."
Mudah kata, kalau serah kerja bulat-bulat kepada suami untuk settle, agak bijak, kan cadangan tersebut?
Wakil para bapa, Ammar Darwish pula berkongsi luahan apabila terpaksa buat kerja sekolah anak.
Jika dibandingkan bab kerja rumah, beliau kalau boleh nak elakkan mengajar anak siapkan kerja sekolah.
"Memang stres mengajar anak, bikin hati panas jer. Saya salute cikgu-cikgu yang tabah mendidik."
Betullah, tugasan mendidik kalau jenis tak penyabar, memang boleh buat emak ayah stres.
Pun demikian kerja sedemikian tak boleh lepas tangan begitu saja dan serahkan kepada para guru.
Kita sebagai ibu bapa perlu take part dalam hal tersebut supaya pendidikan anak-anak di rumah dan sekolah seimbang.
Bukan setakat kerja sekolah anak, bab tugasan rumah pun kenalah buat sama-sama.
Tak kiralah suami atau isteri, amalan saling bantu-membantu juga antara tip keluarga bahagia.
Cubalah amalkan, insya-ALLAH rasa sayang dan saling menghargai pasangan itu akan kekal till jannah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang