Menggunung, penuh 3 bakul baju alahai malasnya lipat, 5 cara santai ini mungkin membantu

baju putih
baju putih
A
A
A

Menggunung, penuh 3 bakul baju alahai malasnya lipat, 5 cara santai ini mungkin membantu

SIAPA ada masalah malas untuk melipat baju? Ya, ini rutin antara yang paling malas sekali dilakukan terutama bagi seorang ibu.

Kalau dibuat bancian, tentu ramai yang setuju. Memang betul melipat pakaian memang boleh menjadi satu masalah buat kebanyakan kaum wanita.

Tambah lagi apabila terpaksa melipat kain baju yang menggunungatau penuh dua hingga tiga bakul!

Rasanya baru semalam melipat pakaian tetapi hari ini sudah segunung balik terutama yang berderet ada anak kecil.

Maklumlah anak kecil kalau sehari tidak tukar tiga hingga empat pasang pakaian memang tak sah dibuatnya.

Apa kata anda cuba tip berikut, mana tahu lepas ini tiada lagi masalah melipat pakaian. Tiada lagi masalah pakaian bertimbun yang tidak dilipat, hati pun senang.

1) Sangkut baju

Mungkin cara ini lebih sesuai untuk rumah yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil dan tidak mempunyai anak usia bayi. Tak perlu pening kepala dan malas hendak melipat pakaian.

Sebaliknya sangkut sahaja semua pakaian menggunakan penyangkut baju. Beli penyangkut baju dalam jumlah yang banyak dan sangkut semua pakaian kecuali pakaian dalam dan yang bersaiz kecil.

Anda hanya perlu sediakan ruang almari yang besar untuk memuatkan baju-baju yang sudah disangkut tersebut. Selesai masalah!

Baca juga Jangan bazir wang beli baju baharu, suai padan saja item fesyen di dalam gerobok peribadi

IBU muda yang menyangka mesin basuh sudah berhenti berputar, maut ketika keluarkan baju. Itu yang berlaku di Juazeiro, timur laut Brazil baru-baru ini.

2. Lipat ikut kategori pakaian

Masa hendak melipat pakaian, apa kata anda asing-asingkan mengikut kategori seperti seluar, t-shirt, pakaian dalam, dan sebagainya. Lepas itu anda lipat mengikut kumpulan tersebut.

Secara psikologinya anda akan merasakan tugas melipat pakaian tidak membosankan dan cepat siap kerana melipat mengikut kategori.

3. Lepas angkat terus lipat. Jangan bertangguh

Selepas mengangkat pakaian di jemuran, lebih baik anda terus melipat pakaian. Jangan bertangguh sebab bila dibiarkan memang boleh menjadi malas.

Lagi bagus kalau di rumah anda ada ruang khas untuk mencuci dan menyidai pakaian. Jadi lepas angkat anda boleh terus lipat di ruangan tersebut tanpa perlu membuat timbunan lain di dalam rumah.

4. Ajak suami dan anak-anak bantu

Tugas melipat pakaian bukan hanya perlu terletak di bahu ibu atau isteri sahaja. Sebaliknya ia boleh diagihkan apatah lagi jika sudah ada anak yang besar.

Suami juga boleh membantu meringankan beban isteri menguruskan kerja rumah. Tugas melipat pakaian antara tugas mudah yang boleh diserahkan kepada suami.

Anak-anak juga mesti diajar dari usia kecil lagi cara melipat pakaian sendiri. Walaupun hakikatnya anda boleh 'sakit mata' melihat cara lipatan mereka tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan bebanan kerja rumah.

Untuk permulaan, anda boleh minta suami dan anak-anak melipat pakaian milik masing-masing.

ama-kelamaan apabila mereka semakin mahir, mereka boleh selesaikan tugas melipat pakaian dengan mudah. Percayalah!

Baca juga Cara seterika baju jimat masa dan elektrik

5. Tonton TV sambil melipat baju

Sesetengah orang tak suka melipat pakaian sebab katanya ia tugas paling membosankan. Jadi, untuk mengurangkan rasa bosan, lipatlah pakaian sambil menonton TV.

Confirm, anda tak perasan pakaian yang menimbun hampir habis anda lipat apabila tamat filem yang anda tonton.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang