Cari fon telinga terbaik? Jenama Nothing hasil kualiti bunyi yang mantap, bateri tahan lama
SYARIKAT berasaskan teknologi pengguna, Nothing baru-baru ini memperkenalkan inovasi terbaharu, Ear (2) dengan reka bentuk yang ikonik.
Pengasasnya, Carl Pei berkata, fon telinga yang direka penuh bergaya itu dilengkapi dengan ciri menarik seperti kualiti bunyi dan daya tahan bateri yang lama serta konsisten.
"Nothing menawarkan produk terbaik untuk segmen fon telinga tanpa wayar dengan desain diafragma terbaharu yang digabungkan dengan polimer polyurethane dan graphene.
"Gabungan tersebut meningkatkan tindak balas frekuensi rendah dan mewah, sekali gus menjadikan ia yang lebih baik berbanding model terdahulu,” katanya.
Baca lagi Rumah lebih selamat, elak kecurian dengan teknologi Smart Door Lock, siap ada remote
Berikut spesifikasi menarik Nothing Ear (2):
Reka bentuk dwiruang baharu dan pemacu dinamik 11.6 milimeter seperti studio rakaman.
Ciri Personal Sound Profile boleh menyelaras equaliser secara tetapan peribadi.
Ciri dwisambungan membolehkan sambungan pelbagai peranti pada masa sama.
Baca lagi 9 minit, 50 peratus bateri sudah dicaj, telefon bimbit iQOO Z7, 27x penuhi keperluan generasi Z
Active Noise Cancellation membantu memutuskan gangguan bunyi bising hingga 40dB.
Mampu bertahan hingga 36 jam untuk muzik tanpa henti dan tambahan lapan jam untuk pengecasan selama 10 minit.
Harga jualan bermula RM599 dan untuk info lanjut, layari https://my.nothing.tech/.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang