KOREA antara negara yang tidak pernah lekang dalam menghasilkan teknologi terkini dalam dunia kecantikan.

Itu semua didorong oleh keinginan rakyatnya tidak kira wanita atau lelaki yang sentiasa mahu nampak awet muda.

Rentetan itu, kumpulan Syarikat 1 DOC (One Doc) melancarkan mesin merawat wajah, Pico-Pulse, One Doc-Pico 250 yang dibangunkan dengan inovasi terkini untuk pasaran tempatan.

Pengenalan inovasi tersebut merupakan hasil kerjasama One Doc bersama Won Tech Co Ltd (WonTech) yang merupakan syarikat terkemuka dari Korea Selatan.

Menurut Pengasas Kumpulan Syarikat One Doc, Dr Michael Ong, pihaknya teruja untuk melancarkan mesin terbaharu dan program latihan untuk pakar kecantikan di negara ini.

teknologi terkini pico

“Kami menetapkan misi untuk mengasah kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan para penata rias supaya lebih menyerlah dalam industri kecantikan.

“Pada masa sama, kami berusaha untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran teknologi dan teknik terkini,” katanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Doc.

Baca juga Kulit lebih sihat, mulus dan berseri-seri dengan rangkaian Clinelle Essential yang dirumus dengan 20 ekstrak botani

Selain menggunakan aplikasi teknologi termaju, One Doc-Pico 250 hadir dengan ciri tambahan seperti penetapan kadar nadi paling pantas.

teknologi terkini pico

Kelebihan tersebut menjadikan proses rawatan lebih cekap dan masa lebih cepat berbanding mesin terdahulu.

Berikut antara lain perincian yang diperkenalkan:

i) Ciri merawat kulit wajah dengan kesan fotoakustik lebih berkesan.

ii) Membantu mengekang pembentukan pigmentasi dengan ciri ketepatan analisis kulit.

teknologi terkini pico
SUMBER foto Canva.

iii) Proses tidak menyakitkan dengan kadar nadi yang singkat sekali gus mengurangkan kesan haba.

Iklan

Baca juga Tampil cantik raya kulit wajah ‘Korean Glass’, ini tip mudah hanya guna bahan semula jadi

iv) Ciri Pulse-Induced Optical Breakdown menggalakkan penghasilan kolagen supaya kulit lebih anjal dan licin.

teknologi terkini pico
SUMBER foto Canva.

Pada masa sama, One Doc turut mengambil inisiatif melaksanakan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) untuk melahirkan 300 tenaga kerja mahir di sektor kemahiran setiap tahun.

Baca juga Spa dari rumah, ini teknologi terbaharu cantikkan kulit tanpa bulu hingga 4 minggu

Selain itu, pusat rawatan kecantikan tersebut juga telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia sebagai Pusat Bertauliah SLDN.

Iklan

teknologi terkini pico

Ia bagi program terapi rambut dan kulit kepala serta perkhidmatan terapi kecantikan pada 1 Februari lalu.

Kepada anda yang mementingkan kecantikan dan kemulusan wajah, boleh ke salun yang telah menggunakan One Doc-Pico 250.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.