BAYI bernama Muhammad Naail Wan Aslam dan Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan menjadi perhatian rakyat Malaysia selepas kutipan dana bagi rawatan Gene Therapy Zolgensma bernilai RM9.28 juta atau kira-kira AS$2.1 juta.
Menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy Type 1 (SMA1), kedua-dua mereka menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani prosedur untuk rawatan.
Insan di sebalik kutipan dana rawatan, Founder Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi dalam hantaran di laman sosial memaklumkan kedua-dua bayi itu semakin baik dan sudah boleh mula bernafas sendiri dengan lebih lama.
Baca juga: Kos ubat RM9 juta, anak saudara Fattah Amin hidap penyakit jarang jumpa perlu rawatan segera
Baca juga: Baby Naail selamat disuntik ubat Zolgensma RM9.8 juta, warganet sebak lihat senyumannya
"Parent Baby Naail dan Athif update kata otot mereka sudah berhenti merosot dan mula lalui proses menghidupkan otot setiap bahagian tubuh.
"Naail dan Athif juga boleh membuka alat bantuan pernafasan untuk tempoh yang semakin lama. Ia bererti otot jantung mereka semakin pulih dan kuat," kongsinya.
Dalam pada itu, Nur Ahmad Faiz memaklumkan pihaknya kini sedang berusaha mengumpulkan dana untuk seorang lagi bayi yang menghidap SMA1 iaitu Muhammad Qaisar Muhammad Qayyum, 10 bulan.
Baki dana Athif sebanyak RM1.9 juta akan dipindahkan 100 peratus kepada Qaisar iaitu seorang bayi yang turut menghidap penyakit sama.
Baca juga: Banyak perubahan, pernafasan makin baik. Keadaan terkini Baby Naail buat ramai melting
"Ini pula Baby Qaisar yang pelukan bantuan kita pada saat ini.
"Kita ada masa sebulan sahaja untuk mengumpul lebih RM8 juta," katanya.
Dalam video yang dikongsikan, otot bayi berkenaan semakin lemah dan doktor menjangkakan hayat Qaisar hanya dua tahun sahaja kecuali menjalani prosedur untuk rawatan menggunakan ubat termahal, Gene Therapy Zolgensma bernilai RM9.28 juta.
"Jom kita bantu Baby Qaisar pula. Ada beberapa cara yang kita boleh bantu ikut kemampuan kita.
"Sumbangan boleh dibuat melalui https://misirakyat.com,” ujarnya.
SMA adalah penyakit genetik yang menjadikan otot lemah secara progresif dengan melibatkan sel saraf pada saraf tunjang.
Ini mengakibatkan pesakit tidak dapat berjalan, makan dan bernafas.
Ia meragut kekuatan fizikal seseorang kerana kehilangan pada saraf sel-motor neuron iaitu sel saraf khusus terletak padaa saraf tunjang yang mengawal otot badan.
Baca juga: Ayuh Malaysia, adik Athif pula perlu bantuan anda
Sumber: Founder Misi, smamalaysia.org.my
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!