Varian paling berkuasa pernah dihasilkan, BMW M 1000 R, XM Label Red Serba Baharu lebih eksklusif

Iklan
BMW

BUAT pertama kalinya, BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan model motosikal roadster supersport sulung, M 1000 R Serba Baharu buat peminat di negara ini.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, pengenalan model baharu tersebut menyerlahkan lagi desain terbaiknya dalam barisan kenderaan berprestasi tinggi untuk pasaran tempatan.

Iklan
Iklan

"BMW M 1000 R Serba Baharu direka khas untuk memenuhi keperluan para penunggang yang mahukan prestasi terbaik, ciri eksklusif dan individualiti.

"Percayalah, model ini akan memberikan pengalaman memuaskan, sekali gus menyerlahkan lagi portfolio motosikal premium di Malaysia," katanya.

Iklan

Berikut spesifikasi M 1000 R Serba Baharu:

Iklan

  • Hadir dengan enjin sebaris empat silinder dengan berat 199 kilogram (jika bahan api penuh).
  • Kuasa puncak tork mencecah 113Nm pada paras 14,600 rpm dan mampu menjana kuasa tambahan sehingga 33kW.

  • Ciri peningkatan cengkaman roda belakang dalam semua aras gear lebih singkat.
  • Keupayaan boleh laras tambahan bagi pangkal spring fork dan kawalan peredam dinamik yang disediakan secara standard.

Baca juga Demonstrasi VTA guna BMW iX xDrive40i. Lagi barisan kenderaan BMW i generasi baharu akan diperkenal tak lama lagi

 

  • Ciri aerodinamik jentera roadster dengan desain sayap di hadapan meningkatkan lagi kestabilan pada kelajuan tinggi.

Pada masa sama, jenama terkemuka Jerman itu turut melancarkan model baharu, BMW XM Label Red Serba Baharu untuk ciri lebih eksklusif.

Tambah de Visser, BMW XM Label Red merupakan varian paling berkuasa yang pernah dibangunkan setakat ini dengan teknologi keselamatan dan produktiviti tinggi.

Baca juga BMW M2 perkenal varian coupe kompak generasi terkini, pastinya kereta meluncur lebih lancar

"Lengkap dengan enjin V8 berkuasa, ia lebih efisien dengan sistem BMW M Hybrid. Justeru, kami yakin jentera ini dapat mengubah persepsi orang ramai terhadap kenderaan berelektrik berasaskan prestasi di Malaysia," katanya.

Untuk informasi lanjut, layari www.bmw.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang