TOURISM Malaysia (TM) dengan kerjasama Malaysia Aviation Group (MAG), menawarkan pakej 'Fly Borneo Specials Vol.1 – The Adventure Begins Here!' sebagai usaha
mempromosikan pakej percutian perjalanan dalam dan antara negeri di Sabah, Sarawak dan Labuan melalui rakan kongsi syarikat penerbangan Firefly dan MASwings.
Lebih daripada 44 pakej percutian bertema telah disusun untuk memenuhi permintaan pelancong dalam dan luar negara dengan menawarkan potongan harga tambang kapal sehingga 40 peratus.
Pakej mampu milik ini dirangka khusus untuk para pelancong merasai pengalaman menarik seperti meneroka tempat-tempat pengembaraan, menghayati budaya berwarna-warni, dan melihat sendiri flora dan fauna eksotik.
Baca juga: Siapa kata Labuan tak best untuk pergi melancong? Ini destinasi menarik semua kena tahu
Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd. Ghapar.
Menurutnya, kerjasama dengan MAG menandakan kejayaan dalam meningkatkan trafik domestik, khususnya di Malaysia Timur melalui rangkaian syarikat penerbangan itu.
"Saya berharap pakej ini akan dapat membantu merangsang pelancongan di Sabah, Sarawak dan Labuan.
"Firefly dan MASwings telah bergabung menawarkan tambang penerbangan dengan diskaun sebanyak 40 peratus bagi menyokong pakej percutian tempatan," katanya.
Tambahnya lagi, pelancong domestik ke Sabah mencatatkan jumlah ketibaan 853,100 dari Januari hingga Jun 2023, berbanding 664,533 dalam tempoh sama 2022, sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus.
"Statistik terkini ini menunjukkan pertumbuhan pelancongan yang positif untuk Sabah," jelasnya.
Baca juga: Jalan-jalan bercuti ke Sarawak, ini lokasi wajib bawa anak-anak yang ramai tak tahu
Dengan landskap semula jadi yang menakjubkan, serta kaya dengan sejarah dan budaya, pelancong boleh merebut pakej bermula serendah RM210 seorang.
Maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan ini boleh diperolehi melalui website Tourism Malaysia (www.malaysia.travel), MASwings, Fireflyz dan di platform sosial media masing-masing.
Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Puan Noredah Othman; Ketua Bahagian Tengah (Central Region) Malaysia Aviation Group;Nurhayati Aziz Rashid, Area Sales Manager Malaysia Aviation Group, Encik Chali Awang; Timbalan Pengarah Kanan, Encik Mohd Faharuddin Hatmin dan Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Puan Trecey Tojuka.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!