Jom bercuti, Tourism Malaysia ajak bercuti ke daerah-daerah kecil dalam negara

‘INILAH Masanya, Cuti-Cuti Malaysia’ merupakan kempen terbaharu Tourism Malaysia bagi menyeru warganya terus memberikan sokongan kepada industri pelancongan domestik.

Kini sudah dua tahun Malaysia telah berjaya beralih ke kehidupan hampir normal dan sempadan negara telah dibuka sepenuhnya kepada pelancong asing.

Pengarah Komunikasi Korporat Tourism Malaysia, Zakaria Mohd Nani berkata, dengan era teknologi seiring dengan peredaran zaman, banyak yang perlu dipelajari, lebih-lebih lagi dalam norma kehidupan pasca-pandemik.

“Bagi tahun 2023, kita juga turut mensasarkan ketibaan pelancong asing ke Malaysia seramai 16.1 juta orang dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM49.2 bilion.

“Kita telahpun melancarkan kempen ‘Inilah Masanya, Cuti-Cuti Malaysia’ dengan tagline ‘Inilah Masanya’ memanifestasikan satu seruan kepada rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan kepada industri pelancongan domestik yang menjadi penampan untuk terus berdaya tahan tatkala berdepan krisis pandemik Covid-19,” katanya ketika Majlis Ramah Mesra Bersama Media di Bangi Resort Hotel, Bangi, pada Sabtu.

Baca juga Sinar Harian dinobat Portal Online Bahasa Melayu Terbaik Pelancongan Tourism Selangor

Pulau Tioman, Genting Highland dan Melaka bakal dibuka Oktober ini

Ujarnya, segala perancangan program bagi tahun 2023 ini adalah sebagai persiapan ke arah Tahun Melawat Malaysia 2025 atau Visit Malaysia Year 2025.

Iklan

“Di Tourism Malaysia, pelbagai program dan lawatan yang melibatkan pihak media, KOL, dan influencer akan dijalankan sepanjang tahun ini. Antaranya yang berada dalam perancangan awal seperti Ekspresi Media ke Kelantan (Daerah Jeli) pada Mei ini.

Baca juga MOTAC lancar lagu Cuti-Cuti Malaysia versi kedua, pelan pemulihan pelancongan 2022

“Ïni kerana, masih banyak lagi lokasi-lokasi di pekan-pekan kecil yang belum diterokai. Justeru, Tourism Malaysia akan giat memperkenalkannya dengan bantuan media.

Iklan

“Diharap semangat kerjasama dengan para media dalam mempromosikan dan menyemarakkan industri pelancongan dapat diteruskan, sekali gus menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi setempat serta negara,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.