PENGENALAN tiket tambang murah untuk servis penerbangan membuatkan sesiapa sahaja boleh bercuti di mana jer.
Tidak seperti dulu, sekarang ni semua orang boleh terbang ke destinasi pilihan tak kira merentasi lokal atau global.
Bagi kalian yang merancang untuk bercuti khususnya ke Borneo, jangan lepaskan peluang untuk rebut tawaran murah.
Firefly Airlines misalnya, menawarkan kempen istimewa bermula 2 hingga 8 Oktober ini.
Kempen Buy More Save More yang diperkenalkan memang rugi kalau dilepaskan begitu saja.
Potongan harga hingga 15 peratus untuk tempahan seat dua orang, manakala untuk tiga pax, diskaun diberikan hingga 20 peratus.
Bayangkan kalau anda mahu tempah tempat duduk untuk empat orang, promosi potongan hingga 25 peratus diberikan. Memang berbaloi habis!
Tambahan pula sekarang sedang kencang berkempen untuk percutian ke Sabah dan Sarawak, sudah tentulah tiket ke sana lagi murah.
CUTI-CUTI SABAH
Jangan lepaskan tawaran harga penerbangan sehala iaitu RM109 dari Kota Kinabalu ke Tawau.
Tawau memang terkenal dengan keindahan pulau seperti Pulau Sipadan, Mabul dan Kapalai.
Baca juga 3 jenama power bank yang memang betul-betul power. Jualan dalam Shopee dan Lazada memang laku keras!
Penerbangan sehala dari Kota Kinabalu ke Sandakan juga dibuka pada harga yang sama.
Jadi, kalau kaki jalan yang merancang untuk ke sana, apa kata tempah seat sekarang untuk harga lebih menarik.
RENTASI SINGAPURA & THAILAND
Bukan itu saja, mahu terbang ke Phuket, Thailand atau singgah ke Singapura, keistimewaan sama turut ditawarkan.
Untuk penerbangan sehala dari Pulau Pinang ke Singapura, tiket ditawarkan hanya RM129.
Kalau nak berjalan ke Phuket, tiket dijual bermula RM199 untuk penerbangan sehala.
Caranya mudah, hanya buat tempahan dan pembelian pada tempoh yang ditetapkan, anda boleh travel hingga tarikh 31 Mac tahun depan.
Lagi best, enjoy elaun hand luggage sebanyak 7 kilogram (kg) dan tambahan 10kg beg didaftarkan untuk kargo.
Okey! Selamat bercuti ya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang