PENGECAS atau power bank sudah menjadi item kemestian kepada semua pengguna telefon pintar dan gajet lain kini.

Permintaan yang tinggi itu telah mendorong beberapa pengeluar menghasilkan peranti yang bukan sahaja selamat, tetapi berkuasa.

Hasil carian SinarPlus mendapati, terdapat tiga jenama yang sangat direkomendasi.

Antaranya ialah Baseus AirPow Power Bank dengan kapasiti 10,000mAh.

Tidak hanya mampu mengecas hingga 50 peratus hanya untuk tempoh 30 minit sahaja, tahap pengecasannya tiga kali lebih pantas berbanding power bank 5W standard lain.

power bank

Reka bentuk juga lebih ringan dan nipis menjadikan alatan itu mudah dibawa, selain ‘tenaga’ yang bertahan lama.

Harga jualan bermula RM150 dan untuk keterangan lanjut, boleh layari https://www.baseus.com/.

power bank

Selain itu, label Anker dan Pineng juga antara menjadi pilihan teratas pengguna.

Baca juga 3 jenama power bank yang memang betul-betul power. Jualan dalam Shopee dan Lazada memang laku keras!

 

Anker menawarkan rangkaian bank kuasa mudah alih yang berinovatif untuk menyerlahkan lagi pengalaman pengecasan.

power bank

 

Sesuai dengan prestasinya, Anker 733 Power Bank (GaNPrime PowerCore 65W) dijual pada harga bermula RM461 dengan spesifikasi berikut:

i) Boleh mengecas tiga peranti dalam satu masa.
ii) Pengecasan pantas hingga 30 minit dengan teknologi PowerIQ 4.0 dan ciri Dynamic Power Distribution.

power bankiii) Teknologi ActiveShield 2.0 meningkatkan perlindungan suhu dengan ciri pintar dan melaraskan output kuasa untuk aliran lebih stabil serta selamat.

Iklan

Baca juga 5 aksesori penting perlu ada dalam kereta, sangat membantu jika dalam kecemasan

Sementara itu, Pineng pula mempunyai beberapa kategori dan yang menjadi pilihan SinarPlus ialah Pineng PN-899PD 30,000mAh.

power bank

Power bank yang hanya seberat 642 gram itu mempunyai paparan skrin LED, cip pengecaman voltan pintar dan ciri perlindungan bateri untuk jangka hayat lebih lama.

Harga ditawarkan bermula RM126. Untuk maklumat lanjut, layari https://pineng.com.my.

Iklan

power bank

Peranti-peranti yang dinyatakan boleh didapati di platform rasmi seperti Shopee dan Lazada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!