Sakit payudara ketika haid anda mungkin mempunyai kanser, ini 7 tanda setiap wanita wajib ambil tahu!

Iklan
kanser payudara

Sakit payudara ketika haid anda mungkin mempunyai kanser, ini 7 tanda setiap wanita wajib ambil tahu!

TANDA kanser payudara mungkin berbeza bergantung kepada individu. Kadangkala, kanser payudara tidak akan menunjukkan sebarang simptom hinggalah pesakit didiagnosis dengan kanser tahap 3 atau 4.

Iklan
Iklan

Tanda-tanda juga mungkin berbeza mengikut jenis kanser payudara dan sejauh mana kanser telah merebak.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh memeriksa payudara sendiri untuk mengesan sebarang ketulan.

Iklan

Bertepatan dengan bulan Oktober sebagai bulan Kesedaran Kanser Payudara, ayuh peka dan perhatikan jika terdapat sebarang abnormaliti pada bahagian payudara anda.

Menurut portal HelloDoktor, antara simptom atau tanda kanser payudara yang lazim ialah bengkak pada bahagian payudara, rasa sakit yang luar biasa dan juga perubahan pada bahagian puting.

Iklan

1. Bengkak atau ketulan pada bahagian payudara

Ketulan yang tidak pernah sembuh atau hilang merupakan antara simptom terawal kanser payudara.

Doktor anda boleh mengesan ketulan pada bahagian payudara ketika melakukan mamogram sebelum ketulan tersebut dapat dirasa pada badan.

Selalunya, nodus limfa tidak dapat dirasai oleh orang yang sihat. Namun, kadangkala ia boleh membengkak ketika melawan infeksi.

Jika anda sedang demam, normal untuk anda rasa sakit pada sekitar leher ataupun rasa ketulan pada bahagian bawah ketiak.

Namun, bukan semua jenis bengkak atau ketulan pada bahagian payudara bermaksud anda menghidap kanser.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.

Baca juga Seorang daripada 19 orang wanita di Malaysia dijangka hidap kanser payudara

2. Sakit yang luar biasa pada bahagian payudara

Kebanyakan kanser payudara menyerang dengan senyap dan tidak akan menunjukkan sebarang simptom.

Tetapi, kajian telah mendapati bahawa 1 dalam 10 wanita yang mengalami tanda-tanda tertentu seperti sakit pada bahagian payudara ketika datang haid mungkin mempunyai kanser payudara.

Inflammatory breast cancer selalunya bermula dengan sakit pada bahagian payudara. Sakit ini diikuti dengan kulit yang kemerah-merahan dan juga bengkak.

Disebabkan kanser ini menyebabkan payudara menjadi bengkak dan sakit, sukar untuk pesakit sedar tentang kehadiran sebarang ketulan.

Oleh itu, jika anda rasa tidak selesa ataupun sakit pada bahagian payudara, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jika ia bukan kanser, mungkin itu tanda anda sedang menghidap penyakit lain.

3. Sakit pada kawasan puting

Geseran pada baju dalam ataupun alahan boleh menyebabkan puting menjadi gatal-gatal. Namun, ia juga merupakan salah satu simptom kanser.

Penyakit Paget merupakan sejenis kanser yang menyerang kawasan puting payudara.

Jika kawasan puting anda bersisik, gatal, kemerahan dan sakit-sakit, anda mungkin menghidap Paget’s disease.

Selalunya, wanita akan alami simptom ini selama berbulan-bulan sebelum ia didiagnosis sebagai kanser payudara.

4. Perubahan pada bahagian puting

Satu lagi simptom kanser payudara adalah rasa sakit pada bahagian puting. Kanser payudara boleh mengakibatkan perubahan pada sel payudara di belakang kawasan puting.

Oleh itu, kadangkala, pesakit akan alami masalah puting termasuk ke dalam ataupun nampak lain dari segi saiz dan juga bentuk daripada keadaan asal.

Walau bagaimanapun, keadaan puting boleh berubah ketika wanita datang haid. Namun, itu tidak bermakna perubahan yang berlaku merupakan sesuatu yang normal dan boleh dipandang ringan.

Selain simptom di atas, terdapat juga beberapa simptom atau tanda kanser payudara yang jarang berlaku.

Baca juga Lelaki tak subur 2 kali ganda berisiko hidap kanser payudara. Komplikasi dialami lebih teruk berbanding wanita

Jika anda alami simptom berikut, ia mungkin disebabkan oleh kanser payudara ataupun merupakan simptom penyakit lain.

1. Buah dada membesar secara tiba-tiba- tanda kanser payudara jarang berlaku

Buah dada boleh membesar ketika seorang wanita itu mengalami akil baligh. Namun, jika anda sudah lanjut usia, saiz buah dada yang tiba-tiba membesar merupakan salah satu tanda kanser payudara.

Jangan abaikan rasa sakit tersebut jika ia diikuti rasa pedih ketika dipegang. Perhatikan juga sama ada payudara anda berwarna kemerah-merahan.

Selain itu, payudara yang membengkak akan membuatkan pesakit rasa kulitnya tegang di sekitar kawasan payudara.

2. Ulser pada permukaan payudara

Ulser pada permukaan payudara merupakan sesuatu yang amat jarang berlaku. Namun, ia merupakan salah satu tanda kanser payudara yang tidak patut diendahkan.

Luka dalam bentuk ulser ini boleh terjadi daripada tumor asal (primary tumor) ataupun daripada tumor kedua (secondary tumor) yang telah merebak.

Kadangkala, pesakit jadi amat takut ketika melihat payudara mereka yang dipenuhi ulser. Mereka kemudiannya enggan berjumpa doktor atas alasan malu ataupun takut.

Luka pada bahagian payudara juga boleh menghasilkan bau yang tidak enak. Ini akan membuatkan pesakit kanser payudara rasa amat sedih dan tertekan.

Kanser yang dibiarkan tidak dirawat akan membentuk luka pada bahagian kulit. Kanser tersebut boleh bergerak menembusi lapisan kulit lalu menghasilkan luka terbuka ataupun ulser pada luar payudara.

3. Kulit rasa sedikit panas

Pesakit yang mengalami inflammatory breast cancer (IBC) boleh mengalami simptom kulit rasa panas, merah, membengkak dan sakit. Tambah lagi, pesakit yang menghidap IBC juga boleh mengalami demam.

Berapa pantas kanser payudara merebak?

Kanser payudara yang telah melalui metastasis turut dikenali dengan kanser payudara tahap empat. Ketika ini, kanser telahpun merebak ke kawasan lain seperti hati, otak, tulang ataupun paru-paru.

Menurut pakar, kanser payudara memerlukan masa lima tahun di dalam badan pesakit untuk membentuk kanser. Mungkin semasa kali terakhir anda memeriksa payudara, kanser tersebut masih lagi dalam saiz kecil.

Namun, ia boleh membesar dua kali ganda daripada saiz asal jika dibiarkan tidak dirawat. Ketika anda sudah boleh merasa ketulan tersebut, ia mungkin sudah membesar hingga ⅓ daripada saiz bola golf.

Seperti kanser lain, sel kanser payudara boleh berpecah daripada tumor asal dan bergerak ke bahagian badan yang lain melalui saluran darah ataupun sistem limfa.

Tumor yang berlaku akibat metastasis akan mempunyai sel yang sama seperti sel kanser di bahagian payudara. Jika sel kanser tersebut merebak ke bahagian paru-paru, sel kanser di paru-paru akan terdiri daripada sel kanser payudara.

Kanser payudara boleh menyerang kembali apabila pesakit sudah sembuh. Hampir 30% wanita yang didiagnosis dengan kanser payudara akan mengalami kanser lain akibat metastasis.

Walaupun kanser payudara metastasis sukar untuk sembuh secara total, pesakit boleh melakukan rawatan untuk mengekang penyakit tersebut selama beberapa tahun.

Ada pelbagai jenis rawatan yang boleh menjadi pilihan pesakit kanser. Jika satu rawatan itu dirasakan tidak berkesan, banyak lagi rawatan lain yang boleh dicuba oleh pesakit.

Paling penting, jangan pernah putus asa untuk melawan penyakit ini. Selain itu, anda perlu berehat dan kekal bertenang supaya kualiti hidup tetap terjaga.

Tanda kanser payudara mengikut tahap;

Setiap tahap yang berlainan mempunyai simtom yang berbeza.

Sebagai contoh:

Tahap 1: Pada tahap ini, simptom sukar untuk dikenal pasti. Mungkin sel kanser wujud pada bahagian payudara, namun ia masih lagi belum merebak ke bahagian lain.

Tahap 2: Kanser sudah mula merebak. Ketulan muncul lebih besar daripada 2 sentimeter. Kanser juga mungkin telah merebak ke bahagian nodus limfa.

Tahap 3: Kanser sudah jadi makin teruk. Kulit payudara mungkin telah dipenuhi dengan ulser disebabkan inflamasi. Pada waktu ini, tumor telahpun merebak ke bahagian dada ataupun nodus limfa yang lain.

Tahap 4: Kanser telahpun menunjukkan semua simptom-simptom yang berkaitan kerana ia telahpun merebak ke bahagian badan yang lain.

Tip pencegahan kanser payudara;

1. Kekal berat badan yang sihat

Individu obesiti, tidak kira lelaki atau wanita memiliki tahap estrogen yang lebih tinggi dalam badan mereka.

Ini kerana, selain kelenjar adrenal dan ovari, hormon estrogen juga terhasil daripada tisu lemak.

Sekiranya berlebihan, hormon ini mampu menggalakkan percambahan sel payudara sehingga menjadi kanser.

2. Amal pemakanan sihat

Amalkan diet meliputi pelbagai jenis sayur-sayuran, kekacang kaya serat, buah-buahan pelbagai warna serta bijirin penuh.

Kurangkan pengambilan daging merah, minuman bergula, makanan segera serta produk diproses.

Ini bagi memastikan organ-organ mampu menyerap nutrien secara optimum sekali gus dapat berfungsi dengan baik.

3. Jalani kehidupan aktif

Dengan hanya berjalan pantas selama 30 minit sehari, risiko kanser payudara dapat diturunkan sebanyak tiga peratus.

Selain daripada menurunkan kadar estrogen, bersenam juga meningkatkan kadar imun badan.

Imun ini berfungsi untuk membunuh atau melambatkan percambahan sel kanser.

4. Lakukan pemeriksaan berkala

Pemeriksaan payudara menerusi kaedah mamogram mampu menyelamatkan nyawa.

Mamogram adalah salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin sinar-X yang direka khas.

Pengesanan awal membantu pengamal perubatan untuk mencari alternatif rawatan dengan segera.

5. Selidik sejarah keluarga

Penting untuk tahu tahap risiko peribadi berdasarkan sejarah perubatan keluarga daripada kedua-dua keluarga ibu bapa.

Ini bagi memastikan langkah pencegahan sesuai yang lebih spesifik dapat dilakukan atas nasihat pegawai perubatan.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!