BERCUTI di tepi pantai memang menenangkan. Apatah lagi kalau kawasan yang dipilih jauh daripada orang ramai dan mempunyai port yang cantik untuk bergambar.
Kebanyakan pilihan lokasi terbaik terletak di pantai timur atau utara.
Di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Pengkalan Balak, Melaka tidak kurang hebatnya.
Memang ramai orang daripada Lembah Klang mengerumuninya.
Selalunya, kalau tak nak keluar bajet yang besar, ramai yang mengambil pendekatan dengan pacak khemah dan bermalam jer di lokasi strategik.
Namun, jika terdapat pilihan inap desa atau chalet murah terletak tepi pantai, memang menariklah, kan?
Menerusi laman TikTok, ramai pengguna berkongsi tentang pilihan homestay, chalet atau rumah tumpangan yang ditawarkan pada harga bawah RM100 untuk semalam.
Jarak penginapan dengan pantai hanya jalan kaki jer.
Bilik pun luas dan selesalah untuk anak-anak.
Walau murah, kebanyakan fasiliti seperti kolam renang dan beberapa aktiviti riadah seperti berbasikal turut disediakan.
Untuk ciri-ciri seperti dinyatakan, berikut SinarPlus himpunkan lima lokasi menarik dengan bajet bawah RM100:
Bayu Balau Beach Resort
Alamat: Tanjung Balau, Desaru, Kota Tinggi, Johor
Harga: Serendah RM80
Facebook: BAYU BALAU BEACH RESORT
Instagram: @bayubalau
Rumah Tamu Tepi Pantai
Alamat: Lot 8036, Jalan Pantai Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu
Harga: Serendah RM80
Facebook: Rumah Tamu Tepi Pantai
Instagram: @rumah_tamu_tepi_pantai
Chalet D'Ceria
Alamat: KM 34 Padang kemunting, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka
Harga: Bermula RM100
Facebook: Dceria Chalet
Instagram: @dceria_chalet
Chalet Anees
Alamat: Kampung Tanjung Gelam Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, Terengganu
Harga: Bermula RM100
Facebook: Chalet Anees
Baca juga 5 destinasi tersembunyi di Janda Baik, lokasi healing mesra kanak-kanak sepanjang cuti sekolah
Ali Guest House
Alamat: No. 53-54 B, Jalan Bayu Senja, Kampung Batu Feringgi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Harga: Bermula RM100
Facebook: Ali's Feringgi Guest House & Restaurant"
Nampaknya kena rajin scroll hantaran netizen di media sosial untuk dapatkan opsyen terbaik untuk bercuti.
Kalau caj sebilik murah dan berbaloi, memang ramailah yang akan datang untuk beriadah pada hujung minggu.
Jika kalian ada info menarik untuk jalan-jalan tepi pantai, bolehlah kongsikan di ruang komen nanti.
Okey! Selamat berhujung minggu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang