'Hutang mesti dibayar,' rebut 3 kategori diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN
BERITA baik buat semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan kini bersetuju melaksanakan kembali diskaun bayaran balik pinjaman.
Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran tersebut dalam tiga kategori iaitu;
Pertama: Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
Kedua: Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
Baca juga Graduan ijazah kelas pertama tak perlu bayar balik PTPTN, ini syarat, cara wanita perlu tahu
Ketiga: Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
Ujar Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024 sebentar tadi, hutang mesti dibayar.
"Bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam, kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 ini," jelasnya.
Februari lalu, kerajaan telah melaksanakan diskaun bayaran balik pinjaman tersebut namun berkuat kuasa hanya dalam tiga bulan berbanding kali ini sehingga enam bulan.
Baca juga Mudah! Aplikasi MyPTPTN dilancar akses pelbagai perkhidmatan
Jadi buat pemimjam PTPTN, rebutlah peluang menyelesaikan hutang PTPTN dalam waktu yang ditawarkan.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!