Mudah! Aplikasi MyPTPTN dilancar akses pelbagai perkhidmatan

Mudah! Aplikasi MyPTPTN dilancar akses pelbagai perkhidmatan
Mudah! Aplikasi MyPTPTN dilancar akses pelbagai perkhidmatan
A
A
A

BAGI memudahkan peminjam dan pelanggan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini melancarkan aplikasi mudah alih dikenali sebagai MyPTPTN.

Ia dilihat dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negara ini khususnya pelanggan PTPTN.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Jika dahulu pelanggan perlu melayari portal untuk melakukan urusan bayaran atau lain-lain, kini semuanya lebih mudah apabila ia diperkenalkan dalam satu aplikasi.

Dalam pada itu, pengenalannya adalah selari dengan Teras ke-5 Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 dalam memperkasakan organisasi untuk perkhidmatan pelanggan yang baik.

Antara kelebihan aplikasi MyPTPTN ini ialah lebih mesra pelanggan, transaksi lebih selamat, boleh diakses di mana-mana tanpa sempadan dan menjimatkan masa.

MyPTPTN juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini bagi memastikan keselamatan pelanggan seperti pengesahan sebelum urus niaga, pengesahan e-mel, nombor telefon semasa pendaftaran.

Baca juga 8 tip beli laptop terpakai pelajar universiti, lebih murah sesuai bajet

Baru sahaja dibuka untuk permohonan, sitem penangguhan PTPTN kini ditutup semula

Antara kemudahan yang disediakan di dalam aplikasi myPTPTN;

1. Semakan penyata pinjaman PTPTN.

2. Bayaran balik pinjaman PTPTN.

3. Pembukaan akaun dan penambahan deposit simpanan SSPN.

4. Permohonan potongan gaji serta debit terus bagi bayaran balik pinjaman dan simpanan SSPN.

5. Pindahan deposit simpan SSPN dan semakan penyata.

Baca juga 12 info terkini pengeluaran khas KWSP, bakal dibayar sekali gus

Dengan inisiatif ini, pelanggan kini boleh mendapatkan perkhidmatan pada pada bila-bila masa dan di mana-mana, menerusi telefon pintar sahaja.

Untuk memuat-turun aplikasi, boleh didapati secara percuma menerusi kedai gedung aplikasi Google dan Apple AppStore bermula hari ini.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca