Pesanan mak pengantin paling deep, ini trend majlis kahwin zaman sekarang siap dengan rakaman suara

Iklan
pengantin

LAZIMNYA, ucapan tahniah atau selamat pengantin baharu diucapkan direct oleh tetamu kepada pengantin.

Kata-kata azimat dan doa tersebut tak kiralah dibuat semasa bersalam dan bergambar dengan raja sehari di atas pentas yang gah.

Iklan
Iklan

Paling tidak pun, minta abang DJ sampaikan salam melalui nota pendek supaya semua pesanan tersebut menjadi panduan buat pasangan yang akan menghadapi pancaroba alam rumah tangga.

Jika sudah ramai yang kerumun pengantin untuk pemberian hadiah dan ucapan, memang tak syoklah kalau kena tunggu lama, kan?

Iklan

Barangkali menjadi satu kelainan untuk majlis sedemikian, satu pondok telefon comel disediakan kepada para tetamu yang ingin meninggalkan pesanan buat pengantin.

Iklan

Menarik, inisiatif yang diperkenalkan pengendali Audio Guestbook Malaysia, enchant.tone membuatkan ramai rasa wow.

Mana tidaknya, mereka hanya perlu mengangkat ganggang telefon dan boleh terus membuat ucapan tanpa gangguan.

 

Stail telefon pun jenis klasik, siap dengan butang dail pusing-pusing tersebut memang lain daripada lain.

Apa yang membuatkan ramai tertarik, video pendek yang dikongsikan enchant.tone tentang seorang ibu yang meninggalkan pesanan khas buat anaknya.

Meskipun durasi klip tersebut hanya 1 minit 2 saat jer tetapi pesanan yang ditinggalkan sangat deep.

Selain ucapan selamat pengantin baharu, wanita berbaju hijau tersebut memberi nasihat supaya anaknya jangan selalu berbalah dan sentiasa cuba memahami antara satu sama lain.

Baca juga Pengantin berhijab, suami menari beramai-ramai, majlis kahwin tular tidak ubah seperti kelab malam

"Kepada Farah, anak mak, taatlah kepada suami, sekarang ni Farah dah jadi isteri, cubalah untuk jadi isteri yang solehah. Apabila tiba masa nanti diberi rezeki cahaya mata, jagalah amanah itu sebaik-baiknya.

"Banyak lagi sebenarnya nak pesan, tetapi mak kalau cakap dalam telefon ni macam tak datang ilham, nanti kita jumpa lagi kita sambung," katanya.

Rata-rata pengguna TikTok yang mengikuti perkongsian video tersebut terharu dengan ucapan cukup menyentuh hati seorang ibu buat anaknya.

Antara komen yang paling mencuri perhatian adalah pengantin sendiri apabila beliau sendiri memberi respons balas.

"Tetiba ada habuk dalam mata dengar mak sendiri bagi wishes. Terima kasih enchant tone record memori indah ini," tulisnya.

Baca juga Asing pengantin, tetamu lelaki & perempuan, majlis perkahwinan ikut syarak jadi inspirasi, jaga pergaulan

Selain itu, ramai titipkan komen yang kata itu antara rakaman yang akan ulang kali didengar sampai bila-bila.

"The mother didn’t even start talking and i already shedding my tears." - @jiqerz

"Kalau saya dengar balik, mahu menangis tak berhenti dengar suara mak sendiri." - @Syai

"Comelnya, saya save dulu jodoh belum lahir." - @SAN

"Wow bestnya voice je dengar." - @ain.adilya

"Please ada sampai aku nak kahwin nanti walau tak tau bila and please buat kat johor juga, sanggup bayar lebih if my mom ada lagi." -@bruvloz

Buat pasangan pengantin, selamat pengantin baharu diucapkan.

Moga pesanan yang diberikan menjadi panduan di kemudian hari.

 

Nampaknya trend rakaman suara berkenaan menjadikan majlis lebih meriah dan akan dikenang selama-lamanya.

Jadi, buat kalian yang masih mempunyai emak dan ayah, hargailah mereka selagi ada ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang