PENGANTIN lazimnya akan mengikuti aturcara majlis perkahwinan yang disusun iaitu bermula daripada akad nikah, diikuti persandingan, makan beradap dan memotong kek.

Majlis walimatul urus berlangsung meriah sama ada secara sederhana mahupun besar-besaran mengikut kemampuan dan tema pilihan masing-masing.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di laman sosial video yang memaparkan acara majlis yang sedikit luar biasa yang mana suasana dihias tidak ubah seperti kelab malam.

Menerusi video yang tular, sepasang pengantin yang dipercayai dari negara jiran berarak masuk ke dalam dewan.

Pengantin perempuan kelihatan anggun dalam persalinan busana kebaya moden dan berhijab manakala pengantin lelaki pula segak menggayakan sut berona kelabu.

Baca juga: [VIDEO] Idea unik, pengantin jadikan sayur segar buah tangan tetamu majlis kahwin

Kedua-dua mempelai yang berpegangan tangan kemudian dapat dilihat menari secara mengikut lagu rancak berentak disko yang dipasang.

Turut kelihatan seorang lelaki berperanan seperti DJ di kelab sedang memutar piring hitam tanpa henti.

Video berdurasi 33 saat yang meraih lebih satu juta tontonan itu turut memaparkan kepulan asap dan lampu berkelipan.

Majlis perkahwinan yang dipercayai diadakan di Kerawang, Jawa Barat, Indonesia itu menerima pelbagai reaksi warga maya.

Baca juga: Hadiahkan pengantin barang dapur, sahabat lelaki ini dipuji ‘bagus daripada yang merapu’

Baca juga: Pengantin terlafaz mas kahwin RM500 juta, bakal isteri pun geli hati

Iklan
Kredit foto: Pexels (Aidil Bahaman)

Menurut Pejabat Mutfi Wilayah Persekutuan, mengadakan walimah atau majlis perkahwinan adalah dituntut selepas pernikahan dilangsungkan.

Al-Walimah bermaksud berhimpun atau berkumpul kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya (majlis perkahwinan).

Majlis perkahwinan hukumnya ialah sunat muakkad dan disunatkan kepada pengantin untuk mengadakannya.

Terdahulu, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pengurusan Masjid) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (UHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz, menerusi Sinar Harian tampil menjelaskan tentang acara menari dalam majlis perkahwinan mengikut pandangan Islam.

Iklan

Menurutnya, persembahan itu disifatkan sebagai haram di sisi agama dan tidak sepatutnya berlaku kerana ia bercanggah dengan syariat Islam.

Bak kata orang lama, melangsungkan perkahwinan itu seumpama mendirikan masjid. Justeru, kepada bakal pengantin atur acara perkahwinan sebaiknya ya.

Jika ingin mencipta kelainan sekalipun, elakkan perkara yang tidak manis dipandang masyarakat apatah lagi bertentangan dengan agama.

Baca juga: Jodoh beza umur 47 tahun, pengantin perempuan terima hantaran lumayan. Ramai yang ternganga

Baca juga: Trending pengantin gelabah, ketar sarung cincin, ustazah beri ‘teguran’ sayang