RAMAI yang pempengaruh media sosial, selebriti dan orang kenamaan menyalurkan bantuan wang ringgit serta barangan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita.
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang juga mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri turut ingin menyalurkan bantuan kepada warga Palestin menerusi penjualan jam berjenama mewah yang dihadiahkan kepada beliau.
Jam jenama Rolex berkenaan adalah cenderamata diterima Dr Zulkifli daripada Raja Saudi, Raja Salman Abdulaziz pada tahun 2017.
Baca juga: Lafaz akad nikah ‘aku terima’ sahaja sah, ini perincian Dr Zulkifli
"Jam Rolex untuk Palestin.
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ
Maksudnya:"Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, ALLAH Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 92)
"Kisahnya bermula pada Februari 2017 apabila saya mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara.
"Saya diminta oleh Kerajaan Malaysia, selaku Mufti Wilayah Persekutuan untuk mewakili semua para mufti dan para ulama Malaysia, menyampaikan ucapan di hadapan Raja Saudi, Duli Yang Maha Mulia Al-Malik Salman bin Abdulaziz dalam kunjungan hormat ke Malaysia.
"Beberapa hari selepas majlis berkenaan di St. Regis Hotel, saya dihubungi pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia.
"Ada cenderamata yang dikirimkan daripada Raja Saudi kepada saya. Lantas saya minta pegawai saya Dr Aizam untuk mengambilnya," kongsi beliau.
Baca juga: Padu! Sejuk hati baca nasihat Dr Zulkifli untuk Syamsul dan keluarga, netizen tak terkecuali
Biarpun menerimanya pada tahun 2017, Dr Zulkifli membiarkan kotak hadiah berkenaan tidak dibuka sehinggalah meletakkan jawatan sebagai menteri.
"Saya tidak buka kotak cenderamata tersebut. Ia disimpan di pejabat saya di Putrajaya sehinggalah saya dilantik sebagai Menteri.
"Semasa saya menjawat jawatan Menteri, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat kedua saya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.
"Selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri pada 2021, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat peribadi saya. Di sana, barulah saya membukanya dan memakainya sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Saudi," titipnya.
Baca juga: Solat, zikir, baca al-Quran walau tenat kanser tahap 4, pemergian anak Dr Zulkifli sentuh hati ramai
Menghargai kurniaan berkenaan dan mengambil pengajaran daripada titah baginda dalam mengutamakan perpaduan ummah dan memartabatkan agama, Dr Zulkifli dalam hantaran di laman sosial membuka bidaan jam berkenaan pada harga RM40,000 dengan kenaikan RM100 ke atas.
Menurutnya, bidaan tersebut akan ditutup pada 31 Oktober 2023, jam 12.00 tengah malam.
"Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana. Saya buka kepada yang berminat, untuk membida di ruang komen," kongsinya.
Menerusi tinjauan SinarPlus, pengguna Facebook mula membida jam berkenaan dengan pelbagai harga termasuk RM43,000.
Hantaran berkenaan menerima pelbagai komen daripada warga maya. Rata-rata mendoakan agar niat yang baik pendakwah itu dipermudahkan.
Baca juga: Selain ibu, bapa juga sebak, sampaikan khutbah nikah anak sendiri, Dr Zulkifli menitiskan air mata
Sumber: Facebook Dr Zulkifli
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!