TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Murah rezeki bayi bernama Missclyen anak Roland, 2, apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjadikannya sebagai anak angkat.
Tunku Azizah dalam surat pada 10 Oktober 2023 itu, berhasrat untuk mengambil anak istimewa dari Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu, Sarawak itu sebagai anak angkat.
Baginda juga akan memberikan perbelanjaan persekolahan melalui bapa Missclyen, Roland Jimba sebagai penjaga.
Selain itu, Raja Permaisuri Agong juga akan menanggung perbelanjaan bagi mengubati penyakit hypertrichosis atau Sindrom Werewolf yang dihidapinya.
Baca juga: Bayi perempuan alami Sindrom Werewolf, berikut 10 info mengenainya
"Beta berharap dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban beban Tuan dan pacal pondok dalam menjaga dan membesarkan Missclyen,” titah Tunku Azizah dalam surat tersebut.
Baginda dalam masa sama mendoakan Roland dan isterinya, Theresa Guntin serta keluarga berada dalam keadaan sihat.
Missclyen mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tunku Azizah dan keluarga semasa Kembara Kenali Borneo, pada September lalu.
Hasrat Roland untuk menemukan anak istimewanya dengan Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong tercapai semasa pasangan diraja itu mencemar duli berangkat ke kampungnya.
Missclyen dilahirkan Missclyen dilahirkan pada 5 Mei 2021 dengan wajah dan tubuh berbulu akibat sindrom congenital generalised hypertrichosis atau dikenali sebagai sindrom Werewolf sejak lahir.
Berikut lima fakta penting mengenai penyakit jarang berlaku yang hanya terjadi kira-kira satu dalam 1 bilion ini:
1. Hipertrichosis adalah keadaan yang jarang jumpa yang dicirikan oleh pertumbuhan rambut yang berlebihan dan pada mana-mana bahagian atau seluruh badan.
2. Malah ia boleh tumbuh dengan lebat hingga menutup wajah.
3. Hipertrichosis boleh berlaku sejak bayi baru lahir atau ketika dalam proses tumbesaran.
4. Kedua-dua jantina lelaki dan wanita boleh mengalami hipertrichosis.
5. Terdapat pelbagai jenis hipertrichosis iaitu antaranya ialah:
–Hipertrichosis kongenital lanuginose yang mana rambut halus yang tumbuh pada tubuh atau wajah selepas bayi dilahirkan. Namun, selepas berminggu-minggu, rambut ini tidak hilang, sebaliknya terus tumbuh di pelbagai tempat di badan bayi.
–Hipertrichosis congenital terminal pula ialah pertumbuhan rambut yang tidak normal bermula sejak lahir dan berterusan sepanjang hayat seseorang. Rambut yang tumbuh tidak normal itu biasanya panjang dan tebal, menutup muka dan badan.
–Nevoid hipertrichosis pula ialah pertumbuhan rambut yang berlebihan pada bahagian tertentu. Dalam sesetengah kes, lebih daripada satu helai rambut.
–Hirsutisme ialah satu bentuk hipertrichosis yang hanya berlaku pada wanita yang dicirikan dengan pertumbuhan rambut gelap dan tebal pada bahagian tubuh wanita yang biasanya tidak mempunyai rambut, seperti muka, dada, dan belakang.
–Acquired hipertrichosis atau ialah berkembang di kemudian hari. Rambut tebal yang berlebihan pada kawasan kecil badan atau seluruh badan disebabkan oleh kerengsaan atau trauma.
Sumber: Kak Na
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!