SINDROM Werewolf atau hypertrichosis adalah istilah yang digunakan terhadap  keadan pertumbuhan bulu secara luar biasa pada bahagian tubuh individu.

Baru-baru ini seorang bayi perempuan dari Sarawak menjadi tular di laman Instagram Kid Mood mengalami sindrom berkenaan.

Hantaran laman sosial berdurasi 20 saat yang memaparkan bayi berusia dalam lingkungan 11 bulan itu menerima lebih satu juta tontonan.

Rata-rata warga maya memberikan kata-kata semangat dan mendoakannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K I D S 👶 (@kids.mood)

Baca juga: Ronaldo hiba pemergian bayi kembar, berikut 10 fakta penting kehamilan kembar yang berisiko

Berikut 10 fakta penting mengenai penyakit jarang berlaku yang hanya terjadi kira-kira satu dalam 1 bilion ini:

1. Hipertrichosis adalah keadaan yang jarang jumpa yang dicirikan oleh pertumbuhan rambut yang berlebihan dan pada mana-mana bahagian atau seluruh badan.

2. Malah ia boleh tumbuh dengan lebat hingga menutup wajah.

3. Hipertrichosis boleh berlaku sejak bayi baru lahir atau ketika dalam proses tumbesaran.

4. Kedua-dua jantina lelaki dan wanita boleh mengalami hipertrichosis.

5. Terdapat pelbagai jenis hipertrichosis iaitu antaranya ialah:

Hipertrichosis kongenital lanuginose yang mana rambut halus yang tumbuh pada tubuh atau wajah selepas bayi dilahirkan. Namun, selepas berminggu-minggu, rambut ini tidak hilang, sebaliknya terus tumbuh di pelbagai tempat di badan bayi.

Hipertrichosis congenital terminal pula ialah pertumbuhan rambut yang tidak normal bermula sejak lahir dan berterusan sepanjang hayat seseorang. Rambut yang tumbuh tidak normal itu biasanya panjang dan tebal, menutup muka dan badan.

Nevoid hipertrichosis pula ialah pertumbuhan rambut yang berlebihan pada bahagian tertentu. Dalam sesetengah kes, lebih daripada satu helai rambut.

Hirsutisme ialah satu bentuk hipertrikosis ini hanya berlaku pada wanita yang dicirikan dengan pertumbuhan rambut gelap dan tebal pada bahagian tubuh wanita yang biasanya tidak mempunyai rambut, seperti muka, dada, dan belakang.

Acquired hipertrichosis atau ialah berkembang di kemudian hari. Rambut tebal yang berlebihan pada kawasan kecil badan atau seluruh badan disebabkan oleh kerengsaan atau trauma.

 

6. Antara punca hipertrichosis adalah seperti seperti berikut:

-Kebanyakan kes Sindrom Werewolf disebabkan oleh mutasi genetik dalam gen pembawa yang merangsang pertumbuhan rambut.

-Mutasi genetik ini meninggalkan sel yang biasanya mematikan pertumbuhan rambut di kawasan tertentu seperti kelopak mata dan dahi aktif.

-Dalam kes hirsutisme wanita, pertumbuhan bulu badan yang tebal disebabkan oleh warisan genetik yang menyebabkan pengeluaran berlebihan androgen.

7. Punca-punca lain yang dikenalpasti terjadinya hipertrichosis adalah seperti berikut;

-Malnutrisi.

-Amalan pemakanan tidak seimbang atau atau gangguan pemakanan tertentu seperti anoreksia nervosa

Iklan

-Pendedahan kepada ubat-ubatan tertentu seperti ubat pertumbuhan rambut, imunosupresan tertentu dan steroid androgenik

-Kanser dan mutasi sel

-Penyakit autoimun atau penyakit berjangkit yang menjejaskan kulit.

-Keadaan kulit yang sangat sensitif terhadap sinaran UV (porphyria cutanea tarda) juga boleh mencetuskan hipertrichosis.

-Jika hipertrichosis berlaku hanya pada bahagian tertentu pada badan, ia mungkin disebabkan oleh keadaan kulit yang kronik seperti lichen simplex yang dikaitkan dengan ruam berulang tertentu, gatal-gatal dan calar kulit.

-Peningkatan bekalan darah pada bahagian tertentu badan juga boleh menyebabkan keadaan jarang berlaku ini.

-Kadangkala gejala hipertrichosis muncul pada bahagian tubuh apabila sesetengah individu memakai plaster cast atau simen.

-Ia juga boleh terjadi disebabkan kesan sampingan ubat antibotak. Bagaimanapun banyak ke lain yang berlaku tanpa sebab yang diketahui.

Iklan

9. Antara gejala umum hipertrichosis ialah masalah dengan gusi atau gigi atau fibromatosis gingival. Selain itu, ia juga menunjukkan gejala pertumbuhan salah satu daripada tiga jenis rambut berikut:

Vellus: Rambut jenis ini biasanya pendek (kurang daripada 0.2 sentimeter panjang) dan tidak kelihatan dengan jelas. Ia boleh ditemui pada hampir mana-mana bahagian badan kecuali tapak kaki, belakang telinga, bibir, dan tapak tangan, atau dalam tisu parut.

Lanugo: Rambut jenis ini pula sangat lembut sama seperti yang  tumbuh pada badan bayi baru lahir. Ia biasanya ia tidak mempunyai pigmen. Kebanyakan bayi kehilangan lanugo dalam masa beberapa hari atau minggu selepas kelahiran.

Terminal: Rambut panjang, tebal dan biasanya sangat gelap.

10. Tiada rawatan yang boleh dilakukan bagi mencegah penyakit kongenital ini. Menurut Hello Sehat, risiko hipertrichosis tertentu boleh dikurangkan dengan mengelakkan ubat-ubatan tertentu.

Pada tahun 2019, seramai 16 kanak-kanak di Sepanyol mengalami hipertrichosis di seluruh tubuh dan wajah yang dipercayai berpunca daripada pengambilan susu formula tercemar dengan minoxidil iaitu bahan untuk merawat keguguran rambut.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI