SENIWATI Margaret Gan tidak asing lagi peminat drama era 80-an dan 90-an. Pada usia 79 tahun, pelakon veteran itu dikurniakan hidayah dan melafazkan dua kalimah syahadah dan rasmi memeluk Islam.
15 Februari 2022 adalah tarikh bermakna bagi Margaret atau nama sebenarnya Gan Ee Kek dengan rela hati dan ikhlas menjadi seorang muslim kerana ALLAH SWT.
Anak tunggalnya, Muhammad Taufiq Gan, 37, terdahulu memeluk Islam ketika melanjutkan pengajian di universiti.
Menerusi portal hiburan tempatan, pelakon filem 29 Februari itu meluahkan rasa gembira apabila melihat seorang lagi pelakon berbangsa Cina, iaitu Angeline Tan kini mualaf.
Sebagai anak seni, Margaret berharap rakan artis, Angeline atau nama Islamnya Ardini dapat menjalani kehidupan mengikut cara Islam dengan baik.
"Saya gembira mendengar berita dia sudah memeluk agama Islam. Sebagai anak seni, kita mungkin sudah terbiasa dengan perangai yang gila-gila.
"Saya doakan agar dia dapat ikut cara hidup Islam yang sebenar.
Baca juga: Indahnya maksud Ardini, Sabri Yunus pilih nama untuk Angeline Tan tak sampai 2 minit
"Saya dah lama juga tak hubungi dia, mungkin nombor telefon sudah hilang. Saya pun dah tak ada nombor telefonnya kerana tukar telefon bimbit," ujarnya.
Berita penghijrahan pelakon yang fasih berbahasa Melayu itu pada 2022 menjadi perhatian.
Dilahirkan di Batu 6, Jalan Klang Lama, Petaling, beliau mengaku sudah biasa dengan amalan hidup orang Islam terutama sejak Taufik menjadi muslim.
Baca juga: 'Pemergianmu beri hikmah aku berhijrah.' Penjaga Blake peluk Islam
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!