PEMERGIAN anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Blake meruntun hati rakyat Malaysia.

Haiwan berjasa dalam membantu operasi mengesan dan menyelamatkan (SAR) tewas melawan kanser kanser limfoma.

Kematian Blake masih diratapi penjaganya, Salbuddin Salleh, 34, yang menganggap kehilangan berkenaan sebagai satu hikmah.

Pemergian itu anjing baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom itu juga menjadi asbab hidayah buat Salbuddin memeluk agama Islam.

Baca juga: ‘Selamat jalan Blake, terima kasih atas bakti.’ Tewas kerana kanser limfoma, hero K9 sudah tiada

Kredit foto: YouTube @salchannel4354

Salbuddin menerusi laman sosial TikToknya berkongsi video saat beliau mengucapkan dua kalimah syahadah untuk menjadi saudara baharu beberapa hari lalu.

“Kepergian mu Blake memberi hikmah kepadaku untuk berhijrah,” titipnya menerusi akaun IraQ.

Difahamkan, Salbudin melafazkan kalimah syahadah di sebuah masjid di Shah Alam bersaksikan bapa saudara dan sepupu.

Baca juga: #SiBibirMerah: 9 hari menyayat hati, mangsa terakhir tanah runtuh Batang Kali ditemui, jasa wira-wira penyelamat tragedi terus dikenang

Perkongsian beliau menyentuh hati warga maya yang menitipkan rasa syukur penjaga Blake kini sudah bergelar saudara baru.

Tidak hanya itu, rata-rata mendoakan agar perjalanan Salbuddin sebagai mualaf dalam mendalami agama Islam dipermudahkan.

Baca juga: Hasrat dikebumi di masjid, lelaki meninggal dunia selepas 24 jam peluk Islam

Kredit foto: Bernama

Ujar mereka:

– “Allahuakbar, ALLAH susun cantik semuanya. Kita hilang Blake namun dalam masa yang sama mendapat saudara baharu. Tahniah Papa Blake.”

– “Insya-ALLAH Blake akan menjadi saksi segala kebaikan penjaga terhadap dirinya.”

Iklan

– “ALLAH ambil apa yang disayangi iaitu Blake dan ALLAH gantikan dengan sesuatu yang lebih baik iaitu nikmat Islam, Allahuakbar.”

– “Alhamdulillah, semoga terus istiqamah dik. Doa yang baik-baik buat kamu dan keluarga.”

– “Masya-ALLAH, kematian yang menghidupkan. Blake pergi dan papa kembali kepada fitrah.”

Kehilangan Blake dirasai dan jasa telah disumbangkan sepanjang berkhidmat akan sentiasa dihargai dan dikenang.

Tidak sedikit jasa yang dicurahkan Blake. Haiwan itu penyumbang kejayaan operasi pencarian yang dijalankan oleh JBPM di seluruh negara termasuk mengesan mangsa lemas di Kampung Kenangan, tanah runtuh di Batang Kali, Selangor dan kepala air di Yan, Kedah.

Iklan

Baca juga: “Ibu bapa tiada gantinya”- Isteri kerap balik kampung, lelaki mualaf baru tahu punca lebuh raya sesak tiap kali cuti

Sumber: TikTok IraQ

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!