PROGRAM Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini kembali selepas dimansuhkan pada 2018.
Dengan objektif melahirkan belia yang berkualiti, berdisiplin, cintakan negara dan tersedia untuk memikul tanggungjawab dalam masyarakat, ia dikembalikan menerusi dua fasa.
Ia muncul trending di laman sosial X hingga lebih 80,000 ciapan. Bagaimanapun ramai yang memperkatakan rasa tidak puas hati kerana program berkenaan mensasarkan belia hingga berusia 35 tahun.
Pengguna X berkongsi keratan portal berita yang berkaitan hal itu. Bagaimanapun program berkenaan tidak melibatkan pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.
[caption id="attachment_128398" width="497"] Tangkap layar artikel portal media tempatan yang dimuat naik oleh pengguna di aplikasi X.[/caption]
Baca juga: PLKN libatkan remaja Tingkatan 4 & 5, 7 info ibu perlu tahu
Berikut info berkaitan pelaksanaan PLKN 3.0 ini:
2-Pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalani latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.
3-Selepas pembabitan belia dalam PLKN, mereka akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan .
4-Tempoh pelaksanaan PLKN Fasa 2 bagaimanapun tidak mengambil masa lama seperti sebelum ini iaitu 45 hari.
5-Sebanyak 90 peratus daripada kandungan latihan Fasa 2 ini berkaitan ketenteraan agar dapat membina jati diri belia yang kuat dan bertenaga.
6-Baki 10 peratus daripada kandungan adalah berkaitan tatanegara.
[caption id="attachment_126210" width="800"] Kredit foto: Internet[/caption]
8-Tenaga pelatih akan terdiri daripada anggota tentera sendiri yang dapat menjimatkan kos keseluruhan.
Baca juga: PLKN libatkan remaja Tingkatan 4 & 5, 7 info ibu perlu tahu
Rata-rata warga maya memperkatakan tentang PLKN dan berkongsi meme yang mengaitkan pelatih yang berusia 30 tahun ke atas.
-"Yang umur 35 tahun tu boleh 'standby' minyak urut dan minyak angin nanti #PLKN."
-"PLKN starter pack untuk 30’s: Minyak angin, koyok, Yoko Yoko."
-"Seeloknya intake pertama PLKN kali ini kerajaan pilih influencer dulu semua. Biar mereka review dulu. Lepas ni baru berebut budak-budak nak pergi juga."
-"Kena ambil ‘unpaid leave’ (cuti tanpa gaji) atau kerajaan tanggung gaji? Kenapa sampai umur 35 kenapa tak sampai umur 30 tahun je? Umur 30 tahun ke atas itu dah fokus pada karier, keluarga, stabilkan kewangan dan lain-lain,”
Sumber:#PLKN
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!