PLKN libatkan remaja Tingkatan 4 & 5, 7 info ibu perlu tahu

UMUM maklum, kerajaan akan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018.

Dalam perkembangan terbaru berkaitan perkara itu, ia akan dijalankan menerusi dua fasa.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berikut info berkaitan;

1. Fasa 1 membabitkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap akan diperkasakan pada peringkat itu.

2. Pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalankan latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

3. Jawatankuasa yang sudah dilantik itu memberi pandangan kepada pihak kementerian dan kementerian memohon supaya ia diubahsuai sehingga ke satu tahap yang mana melihat kepada kepentingan penyertaan daripada peringkat sekolah lagi dan bukan saja fasa selepas sekolah.

4. PLKN Fasa 1 membabitkan penglibatan di fasa sekolah, manakala PLKN Fasa 2 pula selepas fasa sekolah, iaitu selepas peperiksaan SPM.

Baca juga Bukan lagi seperti ‘summer camp’, PLKN diteruskan di kem ATM & PDRM. 6 info berkaitan

Kredit foto: Awani

5. Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, mereka akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini.

Baca juga Lucu pun ada! Dulu takut tinggi, sekarang abang Bomba

Iklan

6. Tempoh pelaksanaan PLKN Fasa 2 hanya akan dijalankan selama 45 hari.

7. Kerajaan akan memanfaatkan 13 kem tentera wataniah di seluruh negara untuk pelaksanaan PLKN ini yang mana tenaga pelatih membabitkan anggota tentera sendiri.

Semoga usaha kerajaan ini dapat membentuk peribadi remaja dan belia yang lebih berwawasan tinggi serta berjiwa patriotik.

Sumber: Buletin TV3

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!