PLKN 2024 untuk remaja lahir 2007, boleh ditangguh hingga 35 tahun, 5 info Kementerian Pertahanan rungkai kekeliruan

Iklan
PLKN diteruskan, pelatih ditempatkan di kem tentera. 5 info berkaitan

ISU berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mensasarkan belia berusia 16 hingga 35 tahun menjadi bualan di laman sosial.

Kementerian Pertahanan Malaysia dalam kenyataannya mengeluarkan penjelasan berkaitan had umur pelatih program berkenaan seperti berikut:

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_126211" width="800"] Kredit foto: Internet[/caption]

1-Secara dasarnya, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan semula program ini dengan kaedah yang baharu selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).

Iklan

2-Mengenai penetapan had umur pelatih yang akan menjalani PLKN 3.0,

pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran.

Iklan

3-lni bermaksud, ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.

Baca juga: PLKN trending, sasarkan belia hingga 35 tahun? Warga maya kongsi pelbagai reaksi mencuit hati

Baca juga: PLKN libatkan remaja Tingkatan 4 & 5, 7 info ibu perlu tahu

[caption id="attachment_126209" width="800"] Kredit foto: Awani[/caption]

4-Sebagai contoh, sekiranya PLKN 3.0 dilaksanakan pada tahun 2024, maka remaja yang hanya lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani latihan tersebut.

Kementerian Pertahanan berharap agar penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0.

Bca juga: Bukan lagi seperti ‘summer camp’, PLKN diteruskan di kem ATM & PDRM. 6 info berkaitan

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!