Masak rendang bolognese & karbonara laksa gandum guna produk organik. Bukan saja sedap, tapi berkhasiat
SEJAK awal tahun 2000, makanan organik semakin mendapat tumpuan ramai pada awal tahun 2000-an.
Justeru, Alce Nero merupakan jenama organik No 1 di Itali terus memperhebatkan produk dan kualitinya.
Mula merintis industri penghasilan dan makanan organik pada tahun 1978 (apabila dua koperasi petani Itali memutuskan untuk menerajui revolusi organik yang menyediakan makanan berkhasiat serta menjaga alam sekitar), Alce Nero telah menggabungkan kaedah penanaman lama dengan penyelidikan canggih dalam bidang kesihatan dan alam sekitar.
Kesemua produk ditanam tanpa penggunaan racun perosak atau bahan kimia sintetik, tidak mencemarkan alam sekitar dan tanpa organisma yang diubah suai secara genetik bagi memenuhi standard pensijilan organik global, kata Alce Nero dalam satu kenyataan.
"Produk kami diiktiraf organik dan memiliki Pensijilan Organik Eropah dan Pensijilan Organik Jepun,” kata kenyataan tersebut.
Bersempena sambutan Alce Nero ke-45, jenama tersohor itu berbesar hati menyediakan pelbagai sajian pasta dan tanaman organik lebih baik kepada para pengguna seluruh dunia.
Menariknya, mereka menyediakan beberapa resipi fusion pasta mengikut cita rasa Malaysia untuk kita semua. Apa lagi, ambil ilham dan terus masak!
1) Karbonara Laksa Gandum Penuh Alce Nero
-Kanak-kanak dan kebanyakan golongan dewasa sangat menggemari hidangan pasta karbonara, tetapi karbonara tradisional boleh dikatakan satu sajian yang berat dan hambar buat selera tempatan.
-Jadi, Alce Nero menggabungkan kepedasan laksa bersama karbonara berkrim bagi menghasilkan sajian fusion fantasi yang akan menambah selera anda.
BAHAN-BAHAN & CARA PENYEDIAAN:
- Sediakan Spageti Gandum Penuh Organik Alce Nero (Alce Nero Organic Whole Wheat Spaghetti) mengikut arahan pada pek.
2) Tos dan ketepikan seketika.
3) Pukul telur dan tambahkan garam serta lada hitam secukup rasa dalam mangkuk. Ketepikan mangkuk.
4) Panaskan sedikit minyak masak dalam pan, tambahkan pes laksa dan tumis sehingga naik bau.
5) Tuangkan Santan Organik Ayam Brand dan biarkan ia mereneh.
6) Dengan perlahan-lahan, tuangkan telur yang telah dipukul ke dalam campuran laksa dan terus kacau sehingga tekstur berkrim.
7) Tambahkan ayam dan udang yang telah dimasak ke dalam sos laksa karbonara tersebut.
8) Kemudian, toskan pasta yang tersedia ke dalam sos berkenaan.
9) Pastikan ia disalut dengan sekata dan sempurna.
10) Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.
11) Hidangkan Karbonara Laksa Alce Nero dalam mangkuk, hiaskan dengan daun ketumbar dan nikmati hidangan yang enak ini.
Tempoh penyediaan: 5 minit
Masa masakan: 25 minit
Saiz hidangan: 3-4 orang
2) Rendang Bolognese Alce Nero
-Bagi kebanyakan individu, spageti bolognese adalah hidangan pasta Itali yang unggul walaupun ia tidak mempunyai rempah yang memenuhi selera tempatan.
-Cuba rendang bolognese Alce Nero bagi rasa fusion budaya kulinari terbaik gabungan dari Itali dan Melayu.
BAHAN-BAHAN & CARA PENYEDIAAN:
1) Masak Spageti Tricolore Organik Alce Nero (Alce Nero Organic Tricolore Spaghetti) mengikut arahan pada pek.
2) Tos dan asingkannya seketika. Panaskan satu sudu besar Alce Nero Extra Virgin Olive Oil dalam pan di atas api sederhana.
3) Tumiskan bawang dan bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau.
4) Tambahkan daging cincang dan masak sehingga sempurna.
5) Pastikan anda meleraikan daging agar ia tidak bergumpal.
6) Masukkan Pes Rendang Ayam Brand, serbuk jintan putih dan ketumbar.
7) Biarkan ia masak selama lima minit agar rempah diserap ke dalam campuran daging tersebut.
8) Tambahkan lobak merah dan saderi yang telah dipotong dadu ke dalam pan.
9) Masak sehingga sayur-sayuran menjadi lembut.
10) Tuangkan Tomato Cincang Ayam Brand, Santan Organik Ayam Brand, air rebusan daging atau sayuran dan Pati Tomato Ayam Brand.
11) Gaul dan biarkan campuran mendidih di atas api sederhana rendah bagi rasa dapat bercampur dengan sempurna dan sos memekat.
12) Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.
13) Hidangkan sos rendang bolognese anda bersama Spageti Tricolore Organik Alce Nero yang telah dimasak.
14) Hiaskan dengan daun ketumbar yang dicincang bagi rasa segar dan nikmati hidangan ini.
Tempoh penyediaan: 10 minit
Masa masakan: 40 minit
Saiz hidangan: 4-5 orang
3) Pesto Pasta Goreng Alce Nero
-Pesto secara amnya adalah versi pekat Hakka lei cha.
-Oleh itu, elemen fusionnya adalah dengan menggoreng Pesto Pasta Alce Nero.
BAHAN-BAHAN & CARA PENYEDIAAN:
1) Masak Spageti Organik Alce Nero (Alce Nero Organic Spaghetti) mengikut arahan pada pek. Tos dan ketepikan ia seketika.
2) Dalam mesin pemprosesan makanan, masukkan daun selasih segar, kacang pine, keju Parmesan parut, bawang putih cincang serta sedikit garam dan lada hitam. Kisar bahan-bahan tersebut sehingga halus.
3) Sementara mengisar, tuangkan Alce Nero Extra Virgin Olive Oil sehingga campuran menjadi sos pesto yang halus. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.
4) Panaskan mentega dalam pan di atas api sederhana. Tumis bawang putih yang dicincang sehingga naik bau. Tambah lada benggala, tomato ceri dan zukini serta tumis selama beberapa minit sehingga lembut.
5) Masukkan Spageti Organik Alce Nero yang telah dimasak ke dalam pan bersama sayur-sayuran yang ditumis.
6) Tambah sos pesto yang telah disediakan ke dalam pan dan campur sehingga pasta disalut sekata. Masak selama beberapa minit lagi untuk memanaskan pesto agar rasa sempurna.
7) Hidangkan pesto pasta goreng dalam pinggan berasingan, hiaskan dengan parutan keju Parmesan dan ia sedia untuk dimakan.
Tempoh penyediaan: 10 minit
Masa masakan: 25 minit
Saiz hidangan: 4-5 orang
Produk-produk Alce Nero™ boleh didapati di rangkaian AEON, Ben’s, Cold Storage, Giant, Jaya Grocer, Village Grocer, TF Value dan menerusi Ayam Brand Official di Shopee (https://shopee.com.my/ayambrandofficialstore) dan Ayam Brand Official di Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/ayambrandofficialstore/)
Untuk mendapatkan resipi-resipi enak yang menjimatkan masa dan tenaga, sila layari https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!