Resipi Rendang Daging Minang ori dari Padang, Indonesia. Lebih padu, tak guna kerisik, tak perlu tumis, jom cuba

A
A
A

RENDANG memang sinonim dengan mana-mana hari raya. Tak kiralah Aidilfitri atau Aidiladha.

Kalau tak dinikmati bersama dengan ketupat atau lemang, makan dengan nasi pun sedap.

Apa kata, pada Hari Raya Aidiladha kali ini kita buat sesuatu yang lebih istimewa.

Tak tahu nak buat rendang jenis apa? Ini SinarPlus berikan anda idea untuk anda buat resipi Rendang Daging Minang.

Menu itu sebenarnya merupakan resepi asli daripada Minang, Indonesia.

rendang minangBaca juga: Resipi rendang ayam pencen sedap dan mudah, ini sukatan untuk seekor

Baca juga: Rendang Ayam Cili Hijau terlajak sedap. Guna ayam pencen untuk rasa lebih ‘terangkat’

Seorang pengguna Facebook, Ayu Susanti yang memuat naik sajian itu berkata, rendang berkenaan dipelajari daripada ibunya.

“Setiap kali mama buat rendang memang kami adik-beradik tak sabar nak makan.

“Kalau time raya, belum tengahari rendang mama akan habis licin dek anak-beranak dan menantu,” ujarnya.

daging SUMBER Eiliv Aceron daripada PEXELS.

Tambah menarik, hidangan itu tidak menggunakan minyak dan tidak perlu ditumis. Jadi, memang mudah sangat nak buat.

Baik, tak mahu berlengah lagi, berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Daging SUMBER Mali Maeder daripada PEXELS.

RESEPI RENDANG DAGING MINANG

Bahan-bahan

Bawang merah *

Bawang putih *

Cili kering pedas *

Halia *

Lengkuas*

Daun kunyit ^

Serai ^

Daun limau purut ^

Daun salam ^

Santan

Daging

Baca juga: 1,900 share, resipi Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, pedas dan sangat sedap!

Cara penyediaan:

1. Kisarkan semua bahan bertanda *.

2. Panaskan kuali dan masuk daging serta bahan * dan ^.

3. Tidak perlu minyak dan tidak perlu menumis. Apabila sudah mendidih, boleh masukkan santan, garam dan ajinamoto.

4. Untuk 1 kilogram (kg) daging, gunakan 1kg santan.

Melihat kepada bahan-bahan dan cara penyediaannya, memang tak susah hendak disediakan.

Kongsi wanita itu, orang minang memasak rendang tanpa menggunakan kerisik.

Jadi, mudah dan ringkas sahaja nak masak.

Untuk anda yang menerima agihan daging korban dan tak tahu nak masak apa, elok cuba menu ini. Boleh makan bersama keluarga.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca