SIAPA tahu biskut biji asam?
Jika waktu kecil dahulu, biskut kecil yang mempunyai gula aising berwarna-warni itu dijual di kedai runcit secara timbang.
Beli dengan harga 50 sen pun dah dapat banyak. Cukup nak kongsi makan dengan kawan-kawan.
Kalau ikutkan, ramai yang suka makan bahagian gula aising sahaja. ?
Biskut pula biasanya mak-mak yang habiskan. Betul tak?
Nostalgia betul!
Kini, agak sukar untuk menemuinya. Kalau ada, hanya terjual di kedai-kedai runcit tertentu sahaja.
Oleh itu, SinarPlus kali ini ingin berkongsi resipi biskut biji asam hasil perkongsian seorang pengguna TikTok, ticeramiesalmi.
Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya.
BISKUT BIJI ASAM
Bahan biskut
125 gram (g) marjerin
25g mentega
2 biji kuning telur
40g gula
25g susu tepung
225g tepung gandum
15g tepung jagung
1/2 sudu kecil esen vanila
Bahan gula hiasan:
1 biji putih telur
170g gula aising
Baca juga: 7,600 share, resipi sandwic sardin tauke tersohor, tak muak & menjemukan. Cara buat pun mudah
Cara penyediaan biskut:
1. Pukul marjerin, mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur.
2. Masukkan tepung jagung, susu tepung dan tepung gandum yang telah diayak.
3. Bulatkan adunan mengikut bentuk kesukaan.
4. Bakar dalam ketuhar dan biarkan sejuk.
Cara penyediaan gula hiasan:
1. Pukul putih telur hingga pekat dan masukkan gula aising sedikit demi sedikit.
2. Bahagikan ke dalam mangkuk dan masukkan pewarna pilihan.
3. Paip gula aising di atas biskut dan bakar sekali lagi selama 25 minit.
4. Siap.
Baca juga: Ubah selera anak-anak dengan buat homemade English Muffin. Resipi ni gerenti jadi
Bolehlah mak-mak cuba buat untuk snek anak-anak ya.
Nak dijadikan sebagai goodies untuk majlis hari jadi pun sesuai sangat.
Masukkan sahaja ke dalam pek-pek kecil. Mesti ramai yang suka.
Selamat mencuba semua.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!