ASYIK masak nasi goreng atau bihun goreng untuk sarapan, anak-anak jadi bosan juga.

Apa kata, sesekali pancing selera mereka dengan menu makanan Barat. Mesti licin pinggan tu…

Sempena cuti perayaan Deepavali hujung minggu ini, SinarPlus cadangkan mak-mak untuk cuba buat sendiri homemade English Muffin.

Resipi tersebut dikongsikan Safi E Cha di Facebook.

Ujar beliau, sukatan yang diberikan dapat menghasilkan enam biji English Muffin.

 

Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaanya.

Baca juga: 5,800 share, resipi ayam goreng berempah tauke katering serdak rangup enak berperisa, ini sukatan untuk seekor

Baca juga: Resipi spageti goreng ringkas, mudah & sedap tak terkata confirm anak suka


Homemade English Muffin

Bahan-bahan

300 gram (g) tepung roti * [BELI DI SINI]

5g gula * [BELI DI SINI]

5g yis segera * [BELI DI SINI]

1 biji telur  [BELI DI SINI]

150ml susu segar [BELI DI SINI]

15g salted butter (Kalau guna butter unsalted, tambah 5g garam)  [BELI DI SINI]

Cornmeal [BELI DI SINI]

Cara penyediaan:

1. Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam bekas dan adun menggunakan mixer hingga sebati.

2. Masukkan telur, susu segar dan kisar semua hingga menjadi doh yang sempurna. Masukkan butter dan teruskan kisaran.

3. Perap dan rehatkan doh selama sejam. Keluarkan doh dari bekas dan letak di atas permukaan rata yang telah ditabur tepung.

4. Uli doh selama dua hingga tiga minit. Bahagikan doh kepada enam bahagian.

5. Uli sekali lagi setiap doh dan bentukkan menjadi bulat.Ulang proses sama untuk setiap doh.

6. Tutup dengan kain bersih dan rehatkan selama 15 minit.

7. Taburkan cornmeal di atas permukaan rata. Ambil sebiji doh dan letakkan di atas taburan tersebut. Tekan doh beberapa kali dan taburkan lagi sedikit cornmeal di atasnya.

Iklan

8. Ulang proses sama untuk kesemua doh. Setelah selesai, tutup doh mentah sekali lagi menggunakan kain bersih dan perap untuk kali terakhir selama 35 minit.

9. Panaskan kuali leper dan oleskan dengan sedikit minyak zaitun.

10. Ambil satu atau dua biji doh dan letakkan di atas permukaan kuali yang telah panas. Masak dengan api perlahan selama tiga hingga lima minit atau sehingga permukaan menjadi keperangan.

11. Balikkan doh dan masak lagi selama tiga hingga lima minit sambil menekan-nekan doh.

12. Ulang proses sama untuk doh seterusnya. Ketepikan.

13. Ambil garpu dan cucuk keliling sisi English Muffin sehingga terbelah dua.

14. Sapu sedikit butter di atas permukaan  kuali dan masak sehingga keperangan.

15. Masak telur dalam acuan.

16. Letakkan sekeping keju.

Iklan

17. English Muffin sedia untuk dinikmati.

Baca juga: 7,600 share, resipi sandwic sardin tauke tersohor, tak muak & menjemukan. Cara buat pun mudah

Langkah yang dikongsikan memang panjang dan mungkin agar leceh untuk disediakan.

Namun, paling penting hasilnya memang sedap! Cubalah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!