Ernie Zakri teruja dilantik jadi duta, pamer gaya peribadi, kreativiti menggayakan tudung Ayuwan
AYUWAN, salah satu jenama tudung dan skarf tempatan baru-baru ini melantik penyanyi bersuara lantang, Ernie Zakri sebagai duta rasmi mereka.
Pengumuman tersebut dilakukan sewaktu pelancaran album baharu Erni yang berjudul Aura di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pelantikan itu sekali gus menandakan era baharu buat jenama tersebut dalam mempertaruhkan himpunan rekaan yang sofistikated, kata Ayuwan dalam satu kenyataan.
"Kerjasama bersama Ernie ini meneruskan kesinambungan kualiti juga nilai estetika himpunan tudung Ayuwan yang mempesonakan.
"Gaya peribadi Ernie dengan cara penataan skarf yang tersendiri, menjadikan ia selari dengan barisan produk Ayuwan.
"Dengan kehadiran beliau juga, Ayuwan teruja untuk meneroka dan melaksanakan koleksi eksklusif yang menggabungkan gaya penghibur terkemuka itu," kata kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, tuan punya badan berkata, Ayuwan mencerminkan minat beliau dalam fesyen, sekali gus membolehkan dirinya berkongsi gaya peribadi dan kreativiti menggayakan tudung.
"Saya juga bakal berkongsi cara penggayaan yang saya gemari secara peribadi dengan peminat dalam masa ke semasa. Jadi, tunggu tutorial saya,” katanya.
Pada majlis tersebut, para tetamu turut dipersembahkan dengan pementasan peragaan himpunan skarf Ayuwan.
Antaranya termasuk termasuk koleksi Desa, Spora, Pancawarna, Birai dan Gemala.
Terokai dunia Ayuwan yang anggun lagi bergaya menerusi www.ayuwan.com.my
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang