TUDUNG bawal memang menjadi pakaian yang sinonim dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Menggayakan pakaian kasual mahupun formal, helaian bawal menjadi pelengkap yang sebati dengan penampilan beliau.

Selain tudung bawal, ahli parlimen Nibong Tebal itu juga dilihat gemar berbaju kurung dalam kebanyakan acara yang dihadiri.

Sama ada kurung pesak mahupun moden, penampilan wanita yang menerajui Kementerian Pendidikan ini sentiasa menyerlah dan intrend.

Fadhlina baru-baru ini berkongsi rupanya beliau peminat pakaian hasil jahitan pelajar Kolej Vokasional.

Biarpun berstatus VIP, beliau memilih tudung, baju dan beg karya pelajar kolej kemahiran itu.

Baca juga: Doa ibu mengiringi, Menteri Pendidikan hantar anak ke kampus, pilih bidang Sains Kemanusiaan

“Sempena hujung minggu ini, saya memperagakan tudung bawal on point. Blaus yang cukup selesa dan beg lip lap. Semuanya adalah hasil kerja tangan para pelajar Kolej Vokasional di seluruh Malaysia.

“Paling istimewa, beg saya itu ada lampu lip lap! Satu-satunya beg berlampu lip lap di Malaysia!

“Sebagai peminat nombor satu hasil kerja tangan para pelajar Kolej Vokasional, saya akan terus mendukung dan mempromosi kerja-kerja mereka kerana saya cukup bangga membawa hasil kerja mereka dengan lebih jauh.

“Tak mampu pakai LV, kita pakai KV! Hasil kreativiti dan inovasi anak-anak kita di bawah institusi @kempendidikan!” kongsinya.

Pada Julai lalu Fadhlina berkongsi foto memakai baju kurung berona ungu tua hasil rekaan pelajar bernama Nadhratul Iman dan dijahit oleh Nurul Najwa. Menurutnya pelajar berkenaan sedang mengikuti pengajian Diploma Seni Reka Fesyen di Kolej Vokasional Sungai Petani.

Baca juga: Pernah kehilangan anak 12 tahun lalu, Menteri Pendidikan menitiskan air mata, tersentuh santuni murid pejuang kanser

“Saya berasa sangat berpuas hati dengan corak dan kain yang digunakan serta kemasan potongan dan jahitan yang selesa dipakai.

“Ini adalah contoh hasil tangan pelajar yang kita gilap dan kembangkan potensi mereka di institusi-institusi pendidikan KPM.

“Saya yakin dengan keupayaan sebegini pada usia yang sangat muda, mereka boleh menyinar lebih cemerlang dalam industri fesyen muslimah sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa,” titipnya penuh semangat.

Baca juga: 5 info menarik Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan wanita pertama

Warga maya tertarik dengan busana digayakan Fahdlina memuji kreativiti para pelajar. Tidak kurang yang memberikan pelbagai cadangan membina.

Iklan

Ujar mereka:

– “Baju tu classy! Boleh cadangkan mereka buka kedai online jual hasil rekaan KV masing-masing. Kami guru menyokong.”

– “Terima kasih YB Fadhlina Sidek menghargai hasil produk KvertS Fashion Design Kolej Vokasional ERT Setapak.”

– “Adik-adik KV, nanti jual beg di Shopee atau Tiktok ya. Nak beli custom nama sendiri.”

– “Terbaik. Warga KV sangat hargai sokongan YB terhadap kemenjadian anak-anak TVET KPM ini. Alhamdulillah.”

Iklan

– “Satu usaha yang di luar pemikiran dewasa ini. At least dapat membentuk dan mempromosikan dan sambil itu dapat mereka menjana pendapat sekolah dan keluarga mereka. Hasil tangan ini dapat menjana wang!”

Baca juga: Anak sulung raih 9A SPM 2022, Menteri Pendidikan peluk, ucap tahniah

Sumber: Facebook Fadhlina Sidek

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!