Rangup & garing, jom cuba resipi lauk pantang bawang ikan bilis, buang angin & panaskan badan

Iklan
Rangup & garing, jom cuba resipi lauk pantang bawang ikan bilis, buang angin & panaskan badan (3)

ANDA yang sedang tercari-cari resipi lauk untuk berpantang selepas bersalin, pembedahan atau berkhatan, jom cuba resipi lauk pantang bawang ikan bilis ini.

Sudahlah mudah, bahan-bahannya pun ringkas. Anda yang kekeringan idea wajib cuba! Rangup dan garing, ia juga boleh dijadikan kudapan atau lauk sampingan untuk dimakan bersama nasi panas!

Iklan
Iklan

Berikut resipi dikongsikan Aliyaa Malek, rasanya yang pedas-pedas rangup dan memang bikin ketagih.

Iklan

Bahan-bahan digoreng (A):

Bawang kecil hiris nipis [BELI DI SINI]

Iklan

Bawang putih hiris nipis [BELI DI SINI]

Ikan bilis [BELI DI SINI]

Halia hiris nipis (kalau suka, saya tak letak sebab kacau rasa) [BELI DI SINI]

Bahan perasa:

Lada hitam disangai dan ditumbuk halus (secukup rasa) [BELI DI SINI]

Garam halus (secukup rasa) [BELI DI SINI]

1-Cara penyediaan amat mudah. Gorengkan sahaja bahan A dan toskan minyak.

2-Gaulkan kesemuanya dan siap!

Boleh simpan dalam tabung kedap udara dan apabila hendak makan, ambil sahaja. Lauk pantang ini boleh tahan selama dua hingga tiga minggu

Baca juga: Siap masak lauk pantang sebelum bersalin, mudahkan suami. Menu wanita ini dikongsi hampir 10,000

Baca juga: ';Mertua yang awesome, inspirasi untuk semua.' Tutup pantang 44 hari, Sheila Rusly layan selera menantu teringin mi kari

TIP:

Jika anda baru sahaja selepas bersalin, elakkan dahulu lada hitam kerana bimbang ia 'panas' atau menyebabkan kuning katanya.

Kalau hendak juga, letak sedikit saja dulu. Lepas semua ok, bolehlah makan lada hitam dan halia seperti biasa.

Sumber: Aliyaa Malik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!