‘MERTUA sporting dan baik hati. Itu antara pujian yang diberikan kepada Sheila Rusly dek layanan first class kepada menantunya, Elisya Sandha sewaktu berpantang.

Bukan sahaja menganggap Elisya seperti anak sendiri, bahkan beliau turut menyediakan menu berpantang yang cukup enak daripada air tangannya sendiri sejak dari hari pertama lagi.

Menerusi perkongsian terbaharu, isteri kesayangan pengarah Jinggo itu telah memuat naik satu videonya yang sedang menyediakan menu mi kari.

Ia sebagai memenuhi permintaan Elisya yang dikatakan teringin untuk merasa sajian berkenaan daripada air tangan mertuanya.

Baca ni: ‘Tenang air muka, cantik macam bonda.’ Wajah terkini Puteri Ameerah raih perhatian, dipuji persis ibunya, Azrinaz!

Bersempena dengan penutup pantang, Sheila menuruti permintaan tersebut dengan menyediakan resipi yang bukan sahaja membuatkan menantunya terharu, malah turut mendorong warga maya meluahkan kata-kata pujian terhadap hubungan baik antara mereka berdua.

Selain kagum dengan keakraban mertua dan menantu, mereka turut memuji keenakan menu mi kari yang lengkap dengan pelbagai jenis lauk tambahan untuk hidangan seisi keluarga.

Untuk rekod, Elisya selamat melahirkan bayi sulungnya, Bunga Elhaq. Adik kepada pelakon Fasha Sandha itu kemudiann mengambil keputusan untuk berpantang di rumah mentuanya.

Kehadiran Bunga telah menyerikan lagi kasih sayang dan hubungan antara mereka.

Sheila juga dikatakan cukup gembira dan bertambah bahagia sejak bergelar nanny.

Ibu mana yang tak gembirakan? Lebih-lebih lagi dapat cucu sulung, perempuan pula tu.

Memang menjadi kesayangan memandangkan sebelum ini keluarga mereka tiada anak perempuan.

Sumber: sheilarusly_jspictures

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan