Hidup adik Naufal berubah selepas jatuh kerusi. Kerap diserang sawan, kini tak mampu berjalan

Iklan
naufal

LULUH hati seorang ibu apabila melihat anak kesayangan, Mohamad Naufal Raihan Mohd Rashidi meraung menahan kesakitan setiap kali diserang kekejangan otot tak kira masa.

Lebih menyedihkan, Mohamad Naufal Raihan atau manja dipanggil Naufal disahkan menderita sakit dystonia itu hanya mampu terbaring lemah.

Iklan
Iklan

Dystonia merupakan sejenis sawan yang menyebabkan kekejangan pada saraf otot dan anggota badan sehingga boleh mengakibatkan saraf otak seseorang tidak normal.

Beritahu Salwana Mohd Jali kepada SinarPlus, beliau sendiri tidak menyangka anak yang dilahirkan normal dan sihat itu ditimpa musibah yang tak pernah terlintas sedetik pun dalam fikirannya.

Iklan

Hanya kerana terjatuh dari kerusi, hidup Naufal berubah sekelip mata.

Iklan

Daripada seorang budak lelaki yang riang dan aktif, kini beliau hanya terlantar.

Akibat insiden menakutkan itu juga, si comel tersebut mengalami kecederaan parah sehingga retak pada bahagian belakang tengkorak pada November tahun lalu.

Pemeriksaan demi pemeriksaan dilakukan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur mendapati keretakan pada tengkorak sudah beransur pulih, namun kejadian Naufal muntah darah sebulan kemudian membuatkan ibu tiga anak tersebut trauma.

"Saya masih ingat lagi, masa saya bangun nak solat Subuh, saya terperanjat bila tengok tilam Naufal penuh dengan darah. Bila saya kejutkan, dia sudah tak sedarkan diri.

 

"Masa dalam perjalanan ke hospital, Naufal dah mula sawan pada bahagian sebelah kanannya dan bila dibawa ke zon merah, dia sawan sebanyak empat kali,” ceritanya yang menetap di Selayang Baru, Selangor.

Tidak mahu keadaan Naufal bertambah buruk dan risiko kekurangan oksigen dalam otak, si kecil itu terpaksa ditidurkan selama sebulan di unit rawatan rapi.

Apa yang membuatkan wanita itu bertambah gusar, dalam tempoh rawatan tersebut, Naufal pernah diserang sawan selama 12 jam sehinggakan harapannya untuk hidup sangat tipis.

Pun demikian kata Salwana, ALLAH masih sayangkan mereka dan memberi peluang kedua buatnya untuk terus menjaga Naufal sebaik mungkin.

"Selepas lebih dua bulan berkampung di hospital, akhirnya Naufal kembali stabil. Cuma, sekarang ini Naufal kerap diserang sawan dan dia sudah tak boleh berjalan seperti dulu,” katanya.

Baca juga Mia hanya tunggu masa, kini bergantung kepada ubat tahan sakit & sawan. Kakaknya pula turut menderita

Kanak-kanak itu juga kerap kancing gigi dan tidak mampu menelan makanan, selain bergantung kepada tiub.

Mohon doa

SinarPlus dimaklumkan, serangan sawan lebih lima kali tersebut membuatkan malam si kecil berkenaan tidak lena. Malah, adakalanya Naufal tidak dapat tidur langsung!

"Boleh dikatakan hampir setiap malam, Naufal akan menangis menahan sakit selepas diserang sawan. Memang kami tak dapat buat apa-apa dan hanya menenangkannya sehingga kekejangan berhenti sendiri.

Baca juga Doakan Ainul Mardhiah, diserang sawan berulang kali, hanya bola mata digerakkan

"Kami hanya bergantung kepada ubat sawan dan jika keadaannya teruk, kami akan bawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut,” beritahu Salwana seolah-olah sudah tidak berdaya.

Meskipun sekarang ini Naufal masih menderita sakit sawan, namun jauh di sudut hati ibu tabah tersebut supaya anak bongsu daripada tiga beradik kembali sihat seperti dahulu kala.

"Sudah menjadi harapan kami untuk melihat Naufal kembali sihat, berlari dengan gembira dan bermain sepuas hati. Sayu sangat hati ini bila tengok Naufal terbaring jer.

"Saya mohon doa orang ramai supaya Naufal dapat sembuh. Kami juga berusaha untuk menjalani rawatan fisioterapi supaya anggota badan lain dapat pulih sepenuhnya,” katanya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Moga adik Naufal cepat sembuh ya. Mudah-mudahan beban yang ditanggung keluarga ini dapat diringankan.

Kepada orang ramai yang ingin membantu menceriakan dan meringankan beban yang ditanggung keluarga Naufal, saluran boleh disumbangkan terus ke akaun Maybank 162508150154 atas nama Salwana Binti Mohd Jali.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang