Tarikan terbaharu i-City, Immersive Winterland sajikan liburan imersif teknologi bertaraf tinggi. Grab pakej tiket murah hingga 31 Mac nanti

Iklan
immersive winterland

SEMPENA sambutan cuti sekolah tidak lama lagi, apa kata kalian habiskan masa bersama anak-anak di Immersive Winterland yang terletak di i-City Shah Alam, Selangor.

Tarikan terbaharu yang ditawarkan bandar teknologi nombor satu di Malaysia, i-City Shah Alam itu menawarkan pengalaman liburan imersif dengan teknologi bertaraf tinggi.

Iklan
Iklan

Apa yang menarik di sana? Immersive Winterland menggabungkan keunikan tersendiri dengan mengetengahkan elemen hiburan dan seni interaktif yang boleh membuatkan sesiapa saja terpesona.

Bukan setakat si kecil jer teruja melihat haiwan purba zaman batu ‘hidup’ depan mata, si ibu pasti kagum dengan dinding warna-warni penuh simulasi bunga dan rama-rama.

Iklan

Sekali sentuh, sekumpulan rama-rama akan berterbangan sehingga menjadikan ruang tertutup tersebut seperti portal magis. Memang seronok!

Iklan

Baru-baru ini, SinarPlus berpeluang untuk menerokai pusat hiburan bertemakan edutainment tersebut sempena Majlis Perasmian Immersive Winterland di i-City Shah Alam, Selangor.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan dihadiri Pengerusi i-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.

Bagi merancakkan lagi kehadiran pengunjung khususnya famili untuk datang berlibur tanpa terbeban dengan kos yang tinggi, Nancy dalam ucapannya mengumumkan satu berita gembira.

Katanya, sebanyak RM8.4 juta diperuntukkan dengan kerjasama kementerian dan i-City sempena program Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), One Shah Alam, One Destination.

"Sumbangan ini membolehkan rakyat Malaysia menikmati diskaun harga rendah untuk pakej yang ditawarkan, terbuka kepada 100,000 keluarga bermula 1 Disember 2023 hingga 31 Mac 2024 depan,” katanya.

 

Nancy juga berharap diskaun tersebut mampu memberikan kelegaan kepada keluarga yang mahu meraikan hari istimewa bersama anak-anak sempena cuti sekolah.

Wow! Harga pakej serendah RM120 untuk empat sekeluarga memang berbaloi. Apatah lagi, i-City merupakan tempat riadah bukan kaleng-kaleng.

Bagi kalian yang belum tahu kewujudan Immersive Winterland, lokasi tersebut terbahagi kepada lima interaktif yang mana setiap ruang memberikan pengalaman lima dimensi berbeza.

Jom SinarPlus terangkan satu persatu tarikan visual yang memukau. Berikut perincian:

1. Immersive Ski Simulator

- Simulasi ski imersif pertama di Malaysia yang membolehkan pemain bermain cabaran landasan ais.

2. Immersive Snowball Simulator

- Nak merasai bermain bola gergasi, kalian boleh cuba cabaran menggulung bola salji dan melepasi setiap halangan tanpa gagal.

Baca juga 3 pilihan main salji sampai puas, lokasi nombor 2 memang port laku keras

3. 360°Immersive Explorer

- Permainan simulasi ini rugi kalau tak cuba kerana membawakan pengalaman menaiki pesawat dalam keadaan cuaca buruk.

- Jangan terperanjat jika anda terjunam dari tebing salji hingga ke lautan terbuka tanpa perlu memakai cermin mata virtual reality pun.

4. Immersive Exploration Cave

- Bagi kanak-kanak yang sukakan dinosaur, bolehlah terokai tiga haiwan purba yang hidup di dalam gua batu.

- Lagi menarik, dinding yang penuh dengan haiwan zaman batu boleh disentuh dan membuat pergerakan melucukan.

Baca juga Kunjungi taman tema, hiburan diskaun 50%, tebus e-baucar tunai bernilai RM10 sekarang!

5. Blossom Odyssey

- Nampaknya para ibu boleh menghabiskan masa yang lama di ruang serba gelap untuk merakam gambar dan menenangkan fikiran.

- Lagi satu, lampu warna-warni yang tergantung menjadikan foto lebih cantik.

Jadi, bila lagi kalian plan nak bermain dan beriadah di i-City Shah Alam?

Promosi special tersebut dibuka hanya untuk 100,000 keluarga pertama jer yang datang tebus diskaun yang ditawarkan. So, jangan tunggu lama-lama ya takut kehabisan.

Okey! Selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang